Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Bersediakah kita 'PERGI' sebelum waktunya? Sesungguhnya inilah juga yang difikirkan, dan pengalaman yang dilalui sendiri, oleh penulis buku ini. Buku ini berkongsi pengalaman Norni Osman sebagai pesakit Covid-19 tahap 5, ketika beliau berdepan ujian paling kritikal. Tatkala beliau diuji debar getaran pukulan sakaratul maut, bergelut dan bertarung nyawa dalam keadaan seakan telah mati. Saat ditidurkan dan diintubasi sebanyak dua kali, hanya pada Allah sahaja tempat beliau bergantung. Entah dapat pulang bernyawa, atau cuma sekujur tubuh yang kaku.