Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Aisyah mungkin nampak seperti gadis biasa, namun hakikatnya dia terlalu istimewa. Malah dia punyai ‘penjaga’ yang tak telus mata sentiasa ada di sisi. Tanpa dia ketahui, ada hati yang mencintai walau tak pernah bertemu mata. “Gadis yang sering mengganggu tidur aku selama ni benar-benar wujud. Aku tak bermimpi.” - ZULHAZMI Maka bermulalah misi sang jejaka cuba memenangi hati si gadis. Jelas bukan mudah untuk menawan hati seorang Aisyah. Gadis yang berjiwa bebas tetapi penuh rahsia. “Huh! Awak cakap macamlah awak dah lama sangat kenal saya.” - AISYAH “Tak kenal, maka tak cinta. Belum cuba, belum tahu.” - ZULHAZMI Namun jodoh itu rahsia Tuhan. Mereka ‘terpaksa’ disatukan demi maruah. Perlahan-lahan keikhlasan Zulhazmi menambat hati Aisyah. “Kenapa pandang saya macam tu?” - AISYAH “Saya cintakan awak, Eisya.” - ZULHAZMI Sehinggalah kehadiran Dewata merungkai semua misteri rahsia sebenar siapa Aisyah. Malah turut melibatkan nyawa Aisyah dan Zulhazmi. Apatah lagi pasangan itu perlu berpisah demi menyelamatkan nyawa yang tersayang, “Maaf kerana kecewakan Tuan Puteri. Tak sangka, sayang betul Puteri dengan suami manusia Puteri tu.” - DEWATA “Jangan haraplah! Aku takkan benarkan. Langkah mayat aku dulu!” - ZULHAZMI Siapa Aisyah sebenarnya? Adakah Aisyah mampu membongkar rahsia keanehan pada dirinya sendiri? Berjayakan Zulhazmi membawa permaisurinya keluar dari bahaya?