0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

' GALERI ILMU 'Dijumpai 104 Produk Berkaitan
Filtered By
publisher
Oleh Harith Faisal
Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan. Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal. Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan aw Maklumat lanjut
ASAL: RM50.00

SEKARANG: RM 50.00 (-0%)

AHLI: RM 45.00 (-10%)

Oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
Buku ini membawakan perbincangan berkenaan penyucian hati dan sifat-sifat mahmudah yang dibahaskan dalam kitab Penawar Bagi Hati dengan reka bentuk yang penuh warna, gambar rajah dan grafik bagi membantu pembaca memahami ilmu Tasaswuf. Antara yang dibincangkan dalam buku ini: 3 peringkat penyucian diri dalam ilmu Tasawuf, menjaga 7 anggota zahir, hati dan sifat-sifat mazmumah serta sifat-sifat mahmudah. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh ROZA ROSLAN
"Naskhah ini merupakan travelog penulis ke banyak negara. Mengisahkan pemerhatian penulis terhadap budaya hidup penduduk setiap negara dan juga kebesaran Allah pada setiap persinggahannya di negara luar. Pada penghujung setiap juga diselitkan resipi/masakan negara yang beliau lawati, sama ada yang beliau makan dan pelajari cara penyediaannya. Selain itu, penulis juga menyentuh soal perjalanan bersama keluarga terutamanya dari segi sokongan keluarga apabila membawa ahli kelu Maklumat lanjut
ASAL: RM40.00

SEKARANG: RM 40.00 (-0%)

AHLI: RM 36.00 (-10%)

Oleh SHAMSUDDIN KADIR
"Siapa kata makan gaji tidak boleh kaya? Jangan baca buku ini sekiranya sudah tidak mahu tahu apa orang makan gaji perlu tahu, memiliki dividen lebih daripada 6 peratus setahun, naik pangkat dalam masa kurang 5 tahun, memiliki lebih daripada sebuah hartanah, tidak menanggung hutang jahat, menjadi staf harapan majikan, tiada hutang untuk rumah yang didiami, ada duit pelaburan maksimum dalam ASB, tidak risau sekiranya diberhentikan kerja hari ini dan tempoh pembiayaan kereta ku Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

AHLI: RM 24.00 (-20%)

Oleh WAN ROSLAN WAN SALLEH
"Ramai orang begitu teruja menginginkan kehidupan yang luar biasa apabila melihat secara fizikal kekayaan dan kesenangan hidup yang dimiliki yang membuatkan hati berdetik dan berdebar-debar mencari formula yang memungkinkan kita pun boleh menjadi kaya seperti mereka. Malangnya, kerana kita tidak punya banyak ilmu maka kaya yang cuba kita capai adalah kaya yang cuba disegerakan, seperti terlibat dalam skim cepat kaya. " Maklumat lanjut
ASAL: RM39.90

SEKARANG: RM 39.90 (-0%)

AHLI: RM 35.91 (-10%)

Oleh MOHD ZAINI MOHD ARIFF & MUHD KAMIL IBRAHIM
Kisah sebenar dan asli yang diceritakan dari pelbagai sisi. Hampir keseluruhannya berkisarkan pengalaman kehidupan penulis dalam meniti usia senja. Setiap kisah mempunyai sebab tersirat untuk difikirkan yang mana pada setiap kejadian dan peristiwa telah ditakdirkan oleh Allah. Kisah-kisah lampau boleh dijadikan pedoman agar kita lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi hujung usia. Maklumat lanjut
ASAL: RM40.00

SEKARANG: RM 40.00 (-0%)

AHLI: RM 36.00 (-10%)

Oleh DATO' IR. HAJI MOHAMAD BIN DALIB
Melalui buku ini, pemilik kenderaan dapat memahami asas penjagaan kereta supaya hayat kereta lebih panjang ... tidak cepat rosak dan sekali gus dapat menjimatkan kos. Apabila kereta berkeadaan baik, kes kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan. Paling penting ialah penyelenggaraan yang betul dan tepat pada masanya. Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh BIJA ROSLY & FIDA JAAFAR
Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja sekadar membeli rumah (atau rumah-rumah) dan menuai hasil daripadanya tanpa henti. Cabaran utama selepas urusan dokumentasi selesai dan kunci bertukar tangan adalah bagaimana cara menguruskannya dengan efisien? Ramai yang tewas dalam bab pengurusan hartanah kerana ia melibatkan pelbagai kerenah dalam jangka masa yang panjang. Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

AHLI: RM 20.00 (-20%)

Oleh KHAIRUNNISA HAMZAH
"Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga. Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang: • Cara berfikir • Gaya kehidupan • Persekitaran • Tanggapan • Mood dan aura • Juga kasih sayang. Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Dr. Abdul Rahim
"Buku ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan: - Jenis penyakit yang dihidapi? - Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku? - Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu? - Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya? - Bilakah perlu berjumpa doktor? Buku ini terbahagi kepada enam bahagian: 1. Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada sihat, sakit atau berpe Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Dr. Shamsul Mohd Nor
Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu: - membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, - memenuhi hak-hak setiap huruf dan - menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

AHLI: RM 24.00 (-20%)

Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan. Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan. Syurga, Ganjaran Terindah menceritakan nikmat-nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dal Maklumat lanjut
ASAL: RM22.00

SEKARANG: RM 19.80 (-10%)

AHLI: RM 17.60 (-20%)

Oleh Bonda Nor , Ammar Kamilin
Kita sebagai ibu bapa, kena faham beberapa perkara. Kita boleh berusaha, tapi hidayah dan hasilnya tetap milik Allah. Jangan perah sangat hati kita untuk selesaikan semua masalah dengan segera. Jangan perah sangat anak kita untuk ikut semua perkara yang tampak baik pada pemikiran kita. Kena faham, setiap perkara yang akan berlaku, ada jalan-jalannya. Kadang lurus. Kadang berliku-liku. Mungkin anak kita berjaya menerusi tunjuk ajar kita. Mungkin juga dia akan berjaya mener Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
Kisah-kisah hidup para ulama dan orang soleh sangat perlu untuk diperdengarkan dan disebarkan kepada seluruh umat lebih-lebih lagi di akhir zaman ini manusia sudah ramai yang kehilangan adab, akhlak mulia, ketenangan dan rasa hormat. Buku ini memuatkan 95 kisah ulama dan ilmuan Islam yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan serta mengajarkannya kepada masyarakat di samping adab dan akhlak yang mereka tampilkan. Membaca kisah-kisah mereka mampu menghid Maklumat lanjut
ASAL: RM18.00

SEKARANG: RM 18.00 (-0%)

AHLI: RM 16.20 (-10%)

Oleh Pahrol Mohamad Juoi
Sesungguhnya, masalah-masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kita. Cuma kitalah yang sering menzalimi dan mengecewakan diri kita sendiri. Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan dan menj Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

AHLI: RM 24.00 (-20%)

Oleh Azura Ramli
Ajari Aku Erti Hidup, sebuah coretan yang benar-benar memujuk hati dan membuat kita lebih bersemangat dan kuat dalam menempuh perjalanan hidup ini. Mengimbas kembali peristiwa yang pernah berlaku sama seperti apa yang dicoret di sini. Membaca karya ini seperti mendengar seseorang sedang memberi nasihat dan bercakap dengan diri sendiri. Dalam hidup ini, ada banyak yang kita hendak, namun bukan semua yang kita perlu dan berhak. Yang meresahkan, ada hal-hal yang tidak perl Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Bonda Nor , Farizah Shamsudin
Memang benar suami adalah nakhoda rumah tangga, namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa suasana dalam rumah tangga sebenarnya lebih banyak dicorakkan oleh seorang isteri. Mengapa? Sebab seorang isteri yang gembira akan membuatkan suami lebih selesa dan anak-anak juga meraih bahagia. Justeru persoalannya, bagaimana mahu membuat seorang isteri itu gembira? Jawapannya mudah. Seorang isteri mesti beroleh kuasa dalam rumah tangganya! Seorang isteri mesti tahu mengapa Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Liza Suhana Ramli
Catatan ini ditulis genap 15 tahun penulis menyandang gelaran sebagai pendidik. Ya! Isu-isu remaja amat dekat dengan penulis sejak sekian lama. Pelbagai cerita pahit manis yang ditempuhi oleh siswa dan siswi telah penulis saksikan. Mendepani ragam remaja yang kian menginjak dewasa ini meninggalkan seribu satu kisah yang di antaranya menjadi garapan untuk habuan mata dan hati masyarakat di luar sana. Cabaran berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan gu Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Aishah Abdul Rahman
Mengapa mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk terus menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik, dengan cara yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar sangat menegur manusia, tidak perlu mengutuk sesiapa. Berkongsilah kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan cara yang betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri. Boleh sebenarnya! – BONDA NOR Buku ini digarap berdasarkan sit Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Abdul Muiez Ruslee
Baca tajuk LAYAN CK MEMBEBEL, rasa macam 'Dah, kenapa pula aku kena layan dia ni membebel? Bukannya dia artis atau DJ radio pun! Pakar motivasi pun tidak!' Tapi apabila mukasurat demi mukasurat mula diselak, alhamdulillah, fahamlah saya bahawa di sebalik celoteh sempoi dan 'leklek brader' yang digunakan oleh penulis, terkandung mesej demi mesej yang sangat penting. Sebagai seorang guru kaunseling, segala onar dan onak duri zaman remaja berada di dalam tangannya. Maka na Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Zulkifli Che Noh , Zairoslina Ismail
Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat. Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan. Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Al-Fatihe Hanafiah
Penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai insan yang pernah berada di barisan paling belakang kelas, kelas paling corot! Sekaligus mengajak pembaca untuk melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza. Bahawa, bukan semua anak-anak kelas corot akan gagal menjadi manusia berguna. Jika betul didikannya, mereka mungkin akan lebih berjaya daripada pelajar yang saban tahun naik pentas menerima anugerah! Ia sebuah penulisan ringan, santai tapi amat menarik, melibatkan i Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Muhd Kamil Ibrahim
Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya. Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan. * Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.” Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuan Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Pak Cik Bad
Allah SWT berfirman: “Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.” (Al-Ahqaaf 46:18) Projek Seram? Apakah cerita yang dibawakan oleh Pak Cik Bad kali ini? Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Apa tunggu lagi...jom dapatkan buku kompilasi kom Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Pak Cik Bad
Hantu. Terdapat macam-macam jenis hantu yang biasa kita dengar. Antaranya ialah pocong, pontianak, hantu raya dan sebagainya. Adakah hantu-hantu ini wujud? Bagaimana pula dengan hantu dalam komik Godaan Syaitan ini? Allah berfirman: “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan denga Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Buku Mahir Tajwid ini menerangkan seluruh asas-asas ilmu Tajwid yang perlu difahami setiap Muslim. Setiap tajuk disampaikan secara ringkas dan padat, didatangkan contoh-contoh untuk menguatkan kefahaman dan disertai dengan pelbagai bentuk latihan supaya pembaca dapat menguasai ilmu Tajwid dengan sebaiknya. Ia sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur dan boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri di rumah mahupun di kelas pengajian. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Rohamiah Muda
Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya. Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya. Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Dissa Azmin
Saif, remaja yang tersepit antara kawan dan lawan. Wasillah Wairah, kawan yang Berjaya membantunya menjadi insan yang lebih baik, mula meragui keikhlasan Saif dalam perubahan tersebut. Izham dan Raudah pula hadir sebagai orang ketiga dalam hidup mereka. Konflik tercetus akibat cemburu yang memuncak. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Siapakah sahabat sebenar di hujung cerita? Maklumat lanjut
ASAL: RM14.00

SEKARANG: RM 14.00 (-0%)

AHLI: RM 12.60 (-10%)

Oleh Bonda Nor
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata. Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Zubair Malik
Buku ini menghuraikan hukum hakam Tajwid dengan lengkap. Ia disampaikan dengan penyampaian yang penuh warna, lengkap dengan contoh, disertai carta dan rajah serta grafik bagi memudahkan pemahaman. Sesuai dimilik oleh pelbagai peringkat usia yang ingin mempelajari ilmu Tajwid dan memperbaiki mutu bacaan al-Quran. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

AHLI: RM 24.00 (-20%)

Oleh Ustaz Syaari Abdul
Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah? Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel. Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditinda Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Iqbal Zain Al-Jauhari
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini: o Selawat Nariyah o Selawat Adrikiyyah o Selawat ‘Azhimiyyah o Selawat Al-‘Ali Al-Qadri o Selawat Jawahirul Anwar o Selawat Thabibi Qalbi o Selawat Wisal dan banyak lagi. Maklumat lanjut
ASAL: RM16.00

SEKARANG: RM 16.00 (-0%)

AHLI: RM 14.40 (-10%)

Oleh Harith Faisal
Anak muda yang belum berkahwin, yang tidak ada tanggungan, biasanya tak kisah sangat hendak urus duit. Asalkan setiap bulan cukup makan, minum, enjoy, ada tempat tinggal, sudah rasa bagus sangat dah. Bagi yang sudah berkahwin, mereka lain macam sikit. Mereka sudah ada tanggungan, sudah matang dari segi emosi. Tanggungjawab terhadap anak dan isteri adalah motivasi terbaik untuk uruskan kewangan dengan baik. Sebenarnya, sama ada kau sudah berkahwin atau belum, kau tetap b Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Dr. Nik Yusri Musa
Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar. Maklumat lanjut
ASAL: RM40.00

SEKARANG: RM 40.00 (-0%)

AHLI: RM 36.00 (-10%)

Oleh Bonda Nor
Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran! Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Bonda Nor
Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya. Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang tel Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah. Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana. Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang mas Maklumat lanjut
ASAL: RM22.00

SEKARANG: RM 22.00 (-0%)

AHLI: RM 19.80 (-10%)

Oleh Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu. Antara perkara PERLU TAHU yang ada dalam buku ini: • Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh TheBingkisanHati
Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati. Merupakan buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku ini merupakan helaian pesanan ringkas dan nasihat tentang ujian hidup. Mempunyai 40 buah tajuk dan digarap dalam bentuk pesanan ringkas, monolog serta puisi. Saat aku tak berdaya menempuh satu demi satu episod duka, cepat cepat ku pujuk hati untuk bangkit semula. Cepat cepat ku bina tembok yang kukuh untuk menjadi kebal semu Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 18.00 (-10%)

AHLI: RM 16.00 (-20%)

Oleh Bonda Nor , Farizah Shamsudin , Ammar Kamilin , Abdul Muiez Ruslee
Buku ini memperkatakan tentang satu hal yang sangat penting dalam kehidupan. Tentang perjuangan. Daripada sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin biasa, hinggalah kepada sebesar-besar perkara yang melibatkan nyawa. Sebutlah apa-apa jenis ujian sekalipun, bergelutlah dengan apa-apa perjuangan sekalipun, hakikatnya, manusia tidak akan mudah mengalah jika fokusnya jelas untuk menadah redha Allah. Terus kuat! Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Bonda Nor , Rohamiah Muda
Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit! Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’. Ya Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya. Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 13.50 (-10%)

AHLI: RM 12.00 (-20%)

Oleh Ikram Husin
Setiap isu atau masalah dalam rumah tangga perlu ditempuh dengan jiwa yang besar. Besarkanlah jiwa agar masalah menjadi kecil. Jiwa yang besar akan sentiasa membesarkan Allah SWT setiap kali berhadapan dengan ujian. Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang d Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Mohd Zulkifli Shafie
Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya). Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan ra Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Syeikh Ahmad Faisol haji Omar
Buku ini menyenaraikan 120 panduan berumah tangga berbentuk soal jawab sebagai pengetahuan dan panduan pembaca sama ada yang belum berumah tangga atau telah berumah tangga. Malah juga untuk yang telah bercerai dan ingin berumah tangga semula. Antaranya: · Kahwin lelaki muda · Berkahwin di Thailand · Berkahwin setelah terlanjur · Hukum pak sanggup · Agensi mencari jodoh · Jodoh media sosial · Perkahwinan dengan warga asing · Layanan terhadap Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bidany
Sewaktu dakwah Islam bermula, golongan muda turut terlibat dan sama-sama menghadapi penyeksaan dan penindasan oleh kafir Quraisy. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW dan agama Islam yang bagaikan cahaya dalam kehidupan mereka. Cahaya itulah yang menjadi jihad mereka untuk disebarkan ke segenap dunia. Membesar dengan asuhan dan didikan Rasulullah, merekalah antara pemuda yang dibanggakan Baginda sebagai generasi terbaik. Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Miftahul Asror Malik
Mukjizat bererti sesuatu yang di luar kebiasaan dan kemampuan mana-mana manusia untuk melakukannya. Kemukjizatan al-Quran bukan hanya pada kehebatan bahasanya yang tidak mampu ditandingi, bahkan meliputi segenap aspek ilmu. Kemukjizatan al-Quran juga tidak hanya terhad pada tempoh tertentu, malahan ia kekal sehingga kiamat. Ayat-ayat al-Quran bukan semata dibaca, bahkan ia boleh diamalkan sebagai doa penyembuh, pelindung, penyelamat, penjaga, penguat dan sebagainya. Maklumat lanjut
ASAL: RM35.00

SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

AHLI: RM 31.50 (-10%)

Oleh Dr Udah Mohsin
Buku ini menghimpunkan doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca pada setiap masa dan ketika, dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Setiap doa dan zikir yang dibawakan dikuatkan dengan ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkannya serta kelebihan mengamalkannya. Antara doa dan zikir yang dimuatkan dalam buku ini: - Doa untuk melindungi kanak-kanak - Bacaan ketika hendak bersalin - Etika mendapat berita gembira - Berzikir dalam perjalanan - Zikir menghilangk Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
Bicara Sifat 20 menghuraikan perkara-perkara asas dalam mengenal Allah SWT dan para rasul melalui pendekatan Sifat 20. Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Nurulhuda
Dari Malaysia ke bumi Eropah, Menuntut ilmu mengejar ijazah, Merseyside Liverpool terbentang megah, Terkenang Penciptanya yang Maha Indah, Old Trafford Manchester menggamit memori, Bekerja di kilang menyara diri, Glasgow dan Edinburgh di cuti semester, Mencari tanda-tanda kebesaran-Nya, Di London berkumpulnya umat Muhammad, Solidariti tanda sayang dan penyelamat umat, Pulang ke Malaysia dengan kenangan terindah, Membentuk keluarga sakinah mawaddah, Ke bumi Mesir kami selusuri Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Azura Zamri
“Kenapa aku diuji?” “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut 29: 2-3) Dugaan kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk melaluinya biarpun kita merasa seakan tidak menemui a Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh TheBingkisanHati
Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca. Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan Maklumat lanjut
ASAL: RM18.00

SEKARANG: RM 18.00 (-0%)

AHLI: RM 16.20 (-10%)

Oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi
Saat menunggu masuknya waktu solat seumpama menunggu saat untuk bertemu SangKekasih. Mendirikan solat pada awal waktu pula seumpama memenuhi janji setia untukbertemu Sang Kekasih.****Sebagai seorang Islam, bagaimanakah pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh!Tinggalkan solat orang jahil. Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kitabangkit untuk mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solatsebagai orang Muqarrabin dan Maklumat lanjut
ASAL: RM18.00

SEKARANG: RM 18.00 (-0%)

AHLI: RM 16.20 (-10%)

Oleh Abe Nazz
Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju. Maklumat lanjut
ASAL: RM30.00

SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

AHLI: RM 27.00 (-10%)

Oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof
18 Product Description Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh daripada Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan.” Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, “Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daundaunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam wadah KETAKWAAN, lalu tuangkan Maklumat lanjut
ASAL: RM25.00

SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

AHLI: RM 22.50 (-10%)

Oleh Muhd Kamil Ibrahim & Fazimah Hayati
Penawar Kehidupan mengisahkan betapa manusia sentiasa diuji dan bagaimana manusia membuat pilihan bagi mencari jalan keluar. Ada yang semakin jauh tersasar dari Pencipta. Jalan lurus diketepikan. Mereka memilih laluan sukar kerana tidak mahu berfikir. Bagaimana manusia jahil boleh terjebak ke lembah maksiat dan melakukan syirik dan khurafat? Biar setinggi mana pun pelajaran, jika tanpa pertimbangan akal dan iman, seseorang itu akan mudah diseret syaitan untuk mengingkari p Maklumat lanjut
ASAL: RM20.00

SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

AHLI: RM 18.00 (-10%)

Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ini menyambung perbicaraan dalam buku sebelumnya iaitu Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh dan Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh. Buku ketiga ini membawakan kisah mimpimimpi orang soleh yang bertemu dengan roh sahabat atau ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Rohroh ini menyampaikan perkhabaran dari alam barzakh; seperti apa yang mereka perolehi daripada nikmat dan rahmat Allah SWT juga menyampaikan Maklumat lanjut
ASAL: RM28.00

SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

AHLI: RM 25.20 (-10%)

Oleh Muhd Iqbal Samsudin
Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini. Cerpencerpen olehnya itu merupakan hasil daripada mencabar diri sendiri untuk menulis secara serius, iaitu sekitar tahun 2010, seusai menduduki SPM. Masih kuat di ingatan beliau, cerpen pertama yang bertajuk Seronoknya Sedekah, telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada segenap pelosok pembaca alam maya. Sebagai penulis hijau yang baharu Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

Oleh Shamsuddin Kadir , Ain Muhammad
Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda. Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja? Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita be Maklumat lanjut
ASAL: RM18.00

SEKARANG: RM 16.20 (-10%)

AHLI: RM 14.40 (-20%)

Oleh Pak Cik Bad
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama islam ( dengan mematuhi ) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." TERPEDAYA DENGAN TIPU DAYA SYAITAN? Syaitan kan musuh #no 1 manusia. Makhluk halus ini TIDAK PERNAH TIDUR, KERJA 24 JAM SEHARI SEMALAM, TUJUH HARI SEMINGGU, DAN 365 HARI SETAHUN UNTUK MENYESATKAN MANUSIA. Justeru, usah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Maklumat lanjut
ASAL: RM15.00

SEKARANG: RM 15.00 (-0%)

AHLI: RM 13.50 (-10%)

1-104 of 104

Page:
  1. 1
  2. 2
*

Back to Top