100th Anniversary Sale
100th Anniversary Sale
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

⭐SIRI AKU DENGAR KAT...

Popular Choice

  1. Aku Dengar Kat Dapur Ada… 35
    Oleh Frog Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-11-11
    PANG!!!"Bunyi apa tu? Pergi tengok cepat!"Tapi bila sampai di dapur, tak ada sesiapa pun. Pelik ni!Dapur, antara 'ruang kemesraan' seisi keluarga. Dapat sediakan juadah dan masak bersama-sama antara aktiviti best di dapur. Tapi bagaimana kalau 'ada' yang tak senang duduk dan nak ubah keadaan dapur tu jadi seram? Kalau boleh jangan duduk di dapur seorang diri waktu tengah malam! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  2. AKU DENGAR KAT BILIK TIDUR ADA… #34
    Oleh Leoz Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2020-09-09
    "Ahhh... best-nya dapat rehat dalam bilik sendiri..."Tapi sebelum tu, periksa dulu kawasan sekeliling sebab..."Jangan kacau akuuu!!! Keluar dari siniii!!!"'Dia' bukan kira tempat tu selesa atau tak. Yang penting 'dia' boleh buat onar dan paling utama, nak balas dendam! Ya, bilik tidur juga tak terlepas, sama juga macam korang... yang mungkin takkan terlepas daripada genggaman 'dia'! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  3. Aku Dengar Kat Tadika Ada... 33
    Oleh San San Penerbit: Tarikh Terbit:2020-07-30
    "Ingat murid-murid... jangan masuk bilik tu, ya!" Setiap larangan ada sebabnya. Tapi kalau degil juga nak ingkar... "Cikgu, tolonggg...!!!" 'Dia' muncul tanpa diundang dan mencetuskan 1001 tanda tanya. Kenapa tadika pun boleh jadi sasaran 'diorang'? Bukan ke kat sini cuma dipenuhi kasih sayang dan gelak tawa si comel? Apa pun alasan, kita sukar nak sekat langkah 'diorang' lebih-lebih lagi kalau kat situ dah 'ada tanda'! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  4. AKU DENGAR KAT AIR TERJUN ADA... 32
    Oleh Frog Penerbit:KADOKAWA GEMPAKSTARS Tarikh Terbit:1970-01-01
    "Wah, cantiknya kawasan air terjun ni!" Tapi... awas! ada yang sedang memerhati. "Tolonggg... ada orang lemas!" Walaupun airnya cetek dan jernih, 'perangkap' tak pernah kenal mangsa. Air terjun, lokasi menarik tumpuan ramai. Tapi dalam berseronok tu, jangan sekali-kali kita alpa. Banyak 'makhluk tersembunyi' tengah perhatikan kita. 'Dia' cuma tunggu peluang nak kenakan kita. Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  5. AKU DENGAR KAT TEPI JALAN ADA... 31
    Oleh Kron Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Tarikh Terbit:2021-04-01
    HEI, BUAT APA TU @ TEPI JALAN?KOMIK SERAM BIKIN MEREMANG & JANTUNG BERDEGUP KENCANG. PASTI MENGGIGIL KETAKUTAN. SIRI 'AKU DENGAR KAT...' MEMBUATKAN SUASANA TEGANG & BADAN KEJUNG!"Hoi, bahayalah bergurau kat tepi jalan macam ni!"Teguran sebegini memang kena terima sebab ia demi keselamatan bersama. Tapi..."Ada orang kat belakang kita ke tadi?"BANGG!!!Kemalangan ngeri mungkin tinggalkan 'sesuatu' menyeramkan. Jadi, bila berseorangan kat tepi jalan tu, hati-hati... 'dia' bukan k Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  6. AKU DENGAR KAT LAMAN BELAKANG ADA... 30
    Oleh Nicole Bibi Penerbit:KADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD Tarikh Terbit:1970-01-01
    "Tak ada apa-apa pun kat sini!" "Eh, apa tu? Macam mana 'dia' boleh ada kat situ?" Sebenarnya, kau dah masuk ke alam lain! Laman belakang; tempat lakukan pelbagai aktiviti. Tapi kemunculan 'dia' buat hidup korang huru-hara. Berani ke korang nak jejak tempat tu lagi? Lebih baik korang berhati-hati. Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  7. AKU DENGAR KAT KEM ADA…29
    Oleh Frog Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2020-01-13
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  8. AKU DENGAR KAT KEDAI MAINAN ADA…28
    Oleh Aku Dengar Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-12-12
    Sebut je nak pergi ke kedai mainan, kanak-kanak mesti melompat kesukaan. Tempat ni memang mengujakan sebab ada macam-macam barangan menarik. Nampak meriah dan berwarna-warni tapi....korang jangan suka sangat. Pernah dengar tak suara patung bercakap dan kereta control bergerak sendiri? Ada makhluk ghaib merasuk barang mainan tu ke? Atau ianya hidup?!! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  9. AKU DENGAR KAT KANTIN ADA… 27
    Oleh Jo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-10-31
    Suasana meriah kat kantin bertukar tragedi bila ada pelajar maut serta-merta akibat insiden dahsyat. Namun tragedi tak terhenti setakat tu je. Khabarnya roh tak tenteram berkeliaran hingga suasana kantin bertukar seram penuh misteri. Sampai bila nak biarkan diorang terus menghantui? Takkan nak tunggu mangsa lain pula jadi korban? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  10. AKU DENGAR KAT PUSAT SUKAN ADA…26
    Oleh Mr Children Studio Penerbit:GEMPAK STARZ#N/A Tarikh Terbit:2019-09-04
    Biasalah…pusat sukan sentiasa meriah dengan aktiviti. Tapi siapa tahu, di sebalik kebingitan ada benda ganjil lagi menyeramkan. Mungkin ada yang tak kena kat situ. Adanya peminat misteri,atlet"luar biasa", penonton bersorak dahagakan darah dan suasana sunyi antaran perkara korang kena hati-hati terutama bila berseorangan. "Dia mungkin tak ganggu tapi kalau korang lemah semangat,siapa nak tolong? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  11. AKU DENGAR KAT PERPUSTAKAAN ADA…25
    Oleh Kin Penerbit:GEMPAK STARZ#N/A Tarikh Terbit:2019-09-04
    "Shh... tolong diam!" Kenapa pustakawan selalu tegur kita jangan buat bising? Dia tak nak kita ganggu orang lain ke? Atau sebenarnya dia bimbang kita ganggu sesuatu tak dapat dilihat dengan mata kasar? Bila duduk seorang diri kat perpustakaan, pernah tak korang rasa ada kelibat kat belakang? Tapi bila toleh tak ada apa-apa pun. Mungkin benda tu nak baca buku bersama korang... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  12. AKU DENGAR KAT KAFE SIBER ADA…24
    Oleh Jo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-06-28
    Salah satu tempat favourite remaja melepak sekarang adalah kafe siber, lebih-lebih lagi yang beroperasi 24 jam. Jadi tak peliklah kalau ada berita kematian mengejut remaja yang berjam-jam main game. Korang tahu tak, roh berkeliaran kat situ boleh buat korang leka menghadap PC tanpa henti? Kalau korang rasa tempat ni selamat daripada sebarang makhluk halus, think again! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  13. AKU DENGAR KAT LIF ADA... 23
    Oleh Zuan Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-01-01
    Pernah tak korang rasa tak selesa bila berseorangan atau bersama orang tak dikenali dalam lif? Tentu korang rasa macam terkurung dalam ruang sempit tu. Lepas tu korang mesti tertanya-tanya siapa akan masuk lepas ni. Ataupun sebenarnya ada kelibat dah tercongok sedang menyeringai sebelah korang? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  14. AKU DENGAR KAT HOTEL ADA... 22
    Oleh Sloow Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2019-01-04
    "Ada kaki tergantung kat atas pintu!" "Apa dah jadi? Kenapa tidur kat balkoni?!!" "Siapa pula ketuk pintu malam-malam buta ni?" Pasti ramai suka tidur di hotel. Apatah lagi hotel lima bintang. Jangan seronok sangat. Banyak kisah seram dikaitkan dengan hotel. Pernah terfikir tak apa akan jadi kalau ada gangguan datang tanpa dipinta yang buat korang tak senang duduk? Kalau boleh nak check out terus. Tapi... kalau terus stay, adakah entiti berhenti mengganggu? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  15. AKU DENGAR KAT TANGGA ADA... 21
    Oleh Aku Dengar Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-12-01
    Pernah dengar cerita tentang eskalator telan orang? Benarkah ia satu kemalangan... atau ada sebab lain? Macam mana pula legenda menghitung anak tangga pada malam hari? Benarkah ia boleh mengancam nyawa? Kesimpulannya, apa sebab eskalator boleh telan orang? Dan kenapa pula, kalau hitung anak tangga boleh bawa maut? 'Aku Dengar Kat Tangga Ada...' menyingkap misteri tangga yang belum terungkai! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  16. AKU DENGAR KAT FLAT ADA... 20
    Oleh John Soo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-09-01
    Pada siang hari situasi kat flat riuh-rendah, namun menjelang tengah malam bertukar sunyi, seram dan meremangkan. Lokasi macam kat tangga belakang, lif ataupun koridor tak berpenghuni pasti mengundang kehadiran 'makhluk' lain dan mengejutkan sesiapa sahaja yang melintasi. Jadi, kalau pulang lewat malam, berhati-hatilah! 'Ia' mungkin ikut korang! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  17. AKU DENGAR KAT STESEN TREN ADA...19
    Oleh Estheryu Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-08-01
    ROH STESEN TREN "Tut... tut... tut... kamu nak pergi mana? Jika terserempak dengan kanak-kanak yang ajak bermain di stesen tren, korang nak main tak? Stesen tren ni kadang-kadang lengang, kadang-kadang ramai orang. Pernah tak terfikir korang boleh termasuk stesen tren alam ghaib secara tak sengaja? Mungkin ada 'kawan' menunggu di situ... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  18. AKU DENGAR KAT LORONG BELAKANG ADA…18
    Oleh Mr Children Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-06-01
    Lorong belakang pada lewat malam adalah tempat kegemaran untuk 'mereka' yang suka berkeliaran. Nasihat orang tua-tua, jangan bersendirian di lorong belakang bila malam menjelma. Bukan saja kena berhati-hati dengan penjahat, malah mungkin korang akan terserempak dengan hantu pengemis atau... mungkin ada 'sesuatu' akan menumpang dan ikut korang balik rumah! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  19. AKU DENGAR KAT KELAS ADA…17
    Oleh Aku Dengar Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-06-01
    ROH DALAM KELAS KOMIK SERAM BIKIN MEREMANG & KENCANG PASTI MENGGIGIL KETAKUTAN SIRI ÁKU DENGAR KAT...' MEMBUATKAN SUASANA TEGANG & BADAN KEJUNG! Kelas merupakan tempat paling lama kamu habiskan masa berbanding rumah. Jika ada seseorang beritahu kamu bahawa ada hantu di dalam kelas, apa yang kamu akan lakukan? Dapatkah kamu terus belajar seperti biasa? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  20. AKU DENGAR KAT TANDAS ADA...16
    Oleh Jo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-05-02
    Tandas biasanya mempunyai ruang yang sempit, gelap dan sentiasa lembap. Namun inilah 'kediaman' paling digemari oleh hantu. Oleh itu, kebanyakan cerita hantu berlaku di tandas sekolah, tandas kawasan rehat ataupun tandas pusat beli-belah. Lain kali, apabila mahu pergi ke tandas, ajaklah kawan menemani kamu. Kalau tidak, hantu akan datang bermain dengan kamu bila nampak kamu bersendirian! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  21. AKU DENGAR KAT TEPI PANTAI ADA... 15
    Oleh Sloow Studio Penerbit:GEMPAKSTARZ Tarikh Terbit:2018-04-01
    Selain menikmati bayu laut di tepi pantai, kita juga boleh melakukan aktiviti memancing, berenang dan berkelah. Tapi kamu tahu tak? Setiap pantai di dunia ni pasti pernah wujud peristiwa meragut nyawa. Disebabkan itu, roh-roh hantu tidak henti berkeliaran di sekitar pantai untuk mencari pengganti. Tak percaya? Tak bermakna ia tak wujud, bacalah 'Aku Dengat Kat Tepi Pantai Ada...' untuk kamu rasa kehadiran 'mereka' sendiri! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  22. AKU DENGAR KAT TEPI SUNGAI ADA... 14
    Oleh Max Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-03-02
    Sungai adalah tempat paling menyeronokkan ketika cuaca panas. Bukan sahaja percuma, kita boleh berkelah dan main air bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi... orang kata di sungai inilah tempat roh-roh hantu tinggal. Hati-hati bila bermain di sungai... takut-takut ada sesuatu yang menarik kaki kamu semasa sedang berenang, atau 'dia' tidak bagi kamu naik ke darat. Beringatlah... jangan gembira sangat. Kamu tidak tahu apa yang bakal terjadi pada kamu! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  23. AKU DENGAR KAT KAMPUNG ADA… 13
    Oleh Yap Zhuo Yu Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2018-01-01
    Di mana-mana sahaja kampung dalam dunia ini, pasti ada kisah misteri atau legenda seram yang disampaikan dari mulut ke mulut atau dialami sendiri oleh penduduknya. Ketika zaman kanak-kanak, apabila cerita seram ini dikongsikan, barangkali ada yang sukar melelapkan mata. Namun, seandainya ia berlaku setelah anda dewasa, adakah anda masih mempercayainya? 'Aku Dengar Kat Kampung Ada...' pasti buat anda tidak senang duduk! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  24. AKU DENGAR KAT PINGGIR BANDAR ADA…12
    Oleh Kin Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-11-01
    Kawasan pinggir bandar tidak begitu berpenghuni. Sebab itu banyak roh suka berkumpul di situ. Orang tua selalu ingatkan, jangan panggil nama sebenar ketika berada dalam hutan. Kalau tidak, nanti hantu mempermainkan kamu! Bukan itu sahaja, jangan cakap yang bukan-bukan dan mengutip objek sembarangan kerana tindakan ini mungkin akan menyinggung perasaan 'mereka'! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  25. AKU DENGAR KAT RESTORAN ADA... 11
    Oleh Sloow Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-08-01
    Pernahkah kamu rasa ada 'seseorang' duduk sebelah kamu ketika makan di restoran? Atau ada pelayan restoran letak pinggan ekstra atas meja? Hanya empat orang yang datang tetapi hidangan untuk berlima. Peliknya tiada siapa sedar ke mana hilangnya hidangan ekstra itu. Jangan ingat 'mereka' tak berani muncul di restoran secara terang-terangan. Barangkali ada yang sedang bersama kamu dan makan tanpa kamu sedari! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  26. AKU DENGAR KAT TERMINAL BAS ADA...10
    Oleh John Soo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-07-01
    Terminal bas merupakan tempat untuk menaiki pengangkutan awam. Selain kaunter tiket, terdapat pelbagai kedai serbaneka dan fasiliti disediakan untuk penumpang. Pernahkan kamu nampak seseorang membeli tiket tapi bas tidak muncul? Barangkali bukan sebab bas tidak muncul. Mungkin dah sampai, tapi mereka tidak nampak bas tersebut sebab diorang membeli tiket menuju lohong durjana! Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  27. AKU DENGAR KAT KOLAM RENANG ADA… 09
    Oleh Zuan Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-05-31
    Pernahkah kamu berenang pada waktu malam? Berenang - tanpa mengira waktu memang aktiviti menyeronokkan. Tapi tahukah kamu, roh juga suka keluar pada waktu malam? Orang yang menemani kamu di kolam renang mungkin kawan dari alam ghaib! Banyak kisah tentang hantu di kolam renang, tapi adakah kamu percaya dengan cerita-cerita itu? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  28. AKU DENGAR KAT KEDAI RUNCIT ADA… 08
    Oleh Jo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-04-01
    Kedai runcit... bukan tempat asing bagi semua orang. Akan tetapi jika barang-barang atas rak terjatuh secara tiba-tiba, kemudian muncul seorang gadis di tepi rak dan melemparkan senyuman kepada kamu, apa langkah kamu seterusnya? Pura-pura tak nampak? Atau terus larikan diri? Jadi, sebelum pergi ke kedai runcit, awasi persekitaran kamu. Barangkali 'dia' sedang memerhati gerak-geri kamu... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  29. AKU DENGAR KAT PUSAT TUISYEN ADA… 07
    Oleh Mr.Children Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-02-01
    Meskipun ramai yang mengalu-alukan kedatangan bila tiba di pusat tuisyen, namun hati tetap rasa tak tenteram. Jadi, adakah kamu percaya dengan firasat sendiri? Sebuah pusat tuisyen dikatakan berhantu, di mana pernah berlaku kes bunuh diri, penderaan kanak-kanak serta gambar ghaib yang aneh tersebar luas. Oleh itu, pernahkah kamu mengesyaki pusat tuisyen di mana kamu berada sekarang? Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  30. AKU DENGAR KAT TAMAN ADA… 06
    Oleh Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2017-02-01
    Ramai orang suka isi masa lapang dengan berehat di taman. Tapi pernahkah kamu terfikir, ada buaian bergerak sendiri dan nampak mengerikan? Pernahkah kamu rasa takut bila bermain di taman sampai lewat malam? Dan secara tidak sedar, ada orang tak dikenali ajak kamu bermain bersama-sama? Bila kamu sudi, tiba-tiba dia pula menghilangkan diri? Jadi, jaga-jaga sebab mungkin itu kamu saja yang nampak… Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  31. AKU DENGAR KAT PUSAT BELI-BELAH ADA... 05
    Oleh Max Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-12-01
    Pusat beli-belah tidak pernah lekang dengan manusia terutama di hari minggu. Tapi, adakah kamu perasan kewujudan suatu makhluk yang tiada bayangan? "Dia" muncul seketika tapi lenyap di sebalik dinding. "Dia" juga "menumpang" di dalam panggung wayang kerana di situ lebih gelap dari biasa. Dan kamu mungkin temui manusia di pusat beli belah tapi hakikatnya dia bukan manusia... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  32. AKU DENGAR KAT HOSPITAL ADA… 04
    Oleh Sloow Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-12-01
    Satu-satunya tempat di mana kelahiran dan kematian berlaku setiap hari-hospital-maka tidak hairanlah jika ada sesuatu yang berkeliaran di koridor selain bunyi ketawa dari wad yang tiada penghuni. Jadi, beranikah kamu memasukinya? Beranikah kamu bila ada suara memanggil tapi hanya kamu saja yang dengar? "Mereka" akan guna pelbagai helah untuk menarik perhatian, sekiranya terperdaya, kamu mungkin takkan kembali lagi... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  33. AKU DENGAR KAT SEKOLAH ADA… 03
    Oleh Justin C Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-11-01
    Apa perasaan kamu bila dengar bunyi ‘Ceek, Ceek, Ceek’ ketika dalam tandas sekolah? Apa perasaan kamu bila ada pokok seolah-olah sedang memerhatikan kamu? Apa perasaan kamu bila bermain dengan seseorang yang luar biasa tenaganya? Bila kamu mengalami situasi seperti ini, pedulikan... kerana jika kamu teringin sangat nak tahu, besar kemungkinan kamu benar-benar bertemu dengan ‘mereka’... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  34. AKU DENGAR KAT RUMAH ADA… 02
    Oleh Sloow Studio Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-10-01
    Bayangkan situasi ini ketika kamu berada di rumah... ada "sesuatu" sedang memerhati kamu tatkala hendak ke tandas di tengah malam. Ada "seseorang" tiba-tiba muncul di belakang semasa memandang cermin. Ada bunyi hentakan dari tingkat atas ketika kamu sedang mengulang kaji... semua ini... sekiranya kamu terserempak dengan "mereka" ketika di rumah, cara terbaik adalah abaikan saja... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

  35. AKU DENGAR KAT HOSTEL ADA… 01
    Oleh Jo Penerbit:GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2016-09-01
    Kebanyakan asrama mempunyai 1001 khabar angin luar biasa. Semuanya disebarkan melalui senior, tetapi tiada siapa dapat memastikan kebenarannya. Semua ini bergantung pada diri sendiri sama ada hendak mempercayai kewujudannya atau tidak. Tetapi adakah ia begitu mudah dipercayai? Sama ada kamu percaya atau tidak, sebenarnya "mereka" sentiasa berada di sebelah kamu... Maklumat lanjut
    ASAL: RM12.00

    SEKARANG: RM 12.00 (-0%)

    AHLI: RM 12.00 (-0%)

35 Item(s)

Back to Top