100th Anniversary Sale
100th Anniversary Sale
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

NOVEL TERKINI & WAJIB MILIKI

Popular Choice

  1. FAROHA
    Oleh Aisyahros Penerbit:INK LOAF Tarikh Terbit:2024-03-01
    Seiring dengan maksud namanya, dia juga manusia biasa yang mengimpikan kebahagiaan. Fa-ro-ha. Gembira. Hidupnya sebagai seorang anak dan adik dibelenggu pelbagai emosi. Dialah yang sering mengalah dan acap kali perlu berkorban demi kesenangan orang lain gara-gara dirinya yang punya sifat kasihan yang tinggi dan sukar untuk mengatakan 'tidak'. Suaranya yang jarang didengari buatkan Fariha inginkan kehidupan di mana dia boleh membuat keputusannya sendiri. Aku dah jadi bai Maklumat lanjut
    ASAL: RM39.00

    SEKARANG: RM 35.10 (-10%)

    AHLI: RM 31.20 (-20%)

  2. ROSEANNA
    Oleh Froszrine Penerbit:INK LOAF Tarikh Terbit:2024-03-01
    Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna tidak dapat menerima dirinya sepenuhnya. Apatah lagi dia sering dicaci dan dihina sehingga terbitnya rasa dendam dalam diri Anna. Lalu, pelan mula dirangka. Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk. Menghadiri majlis ulang tahun ayahanda dan bonda angkatnya, mempertemukan Anna dengan Irfan dan Fathur. Irfan yang baik dan Fathur yang menyakitkan hati. Irfan tak pernah serius dengan mana-mana peremp Maklumat lanjut
    ASAL: RM36.00

    SEKARANG: RM 32.40 (-10%)

    AHLI: RM 28.80 (-20%)

  3. VIGNETTE
    Oleh Syud Penerbit:MANES WORDWORKS Tarikh Terbit:2024-03-01
    Dia tu macam... vignette. Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi. [i] Kata Najiha: “Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira. “Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.” Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan? “Najiha.” Dia memperkenal Maklumat lanjut
    ASAL: RM36.00

    SEKARANG: RM 32.40 (-10%)

    AHLI: RM 28.80 (-20%)

  4. PANGGIL AKU DAHLIA
    Oleh Noor Suraya Penerbit:MANES WORDWORKS Tarikh Terbit:2024-02-01
    “Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba. Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-ap Maklumat lanjut
    ASAL: RM38.00

    SEKARANG: RM 34.20 (-10%)

    AHLI: RM 30.40 (-20%)

  5. AKSARA
    Oleh Syaznixon Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2024-03-01
    "Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua." Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta? “Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gad Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  6. DESPERATE CINTA
    Oleh Reen Syazreena Penerbit:KASEH ARIES PUBLICATION Tarikh Terbit:2024-02-01
    Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun dia tetap nekad untuk mendapatkan Iskandar meskipun dia terpaksa menggunakan cara kotor. Kemunculan Irman Nadeem setelah lama menghilang, telah menghuru-harakan hidup Elisa. Setiap rancangannya pasti akan gagal kerana ulah lelaki itu. “I tak perlukan kelayakan daripada you untuk berkahwin dengan Abang Is.” - Elisa “You tu cuma perempuan yang tak ada maruah.” - Irman Maklumat lanjut
    ASAL: RM34.00

    SEKARANG: RM 30.60 (-10%)

    AHLI: RM 27.20 (-20%)

  7. TAKDIR TELAH BERBICARA
    Oleh Medina Haura Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2024-01-01
    Your eyes tell me the truth when all the things become a lie. Takdir adalah sebuah kenyataan yang menjadi rahsia semesta. Takdir jua mempertemukan dua insan bukan secara sengaja dan mengikat kenyatan yang belum pasti. Adakah mereka berada di tempat yang salah pada waktu yang salah? Entah… Kun fa yakun. “Sesuka hati nak baling batu dekat aku lepas tu blah macam orang tak bersalah! Memang jenis playboy Malaya ke? He's nothing!” — Irdina Safiya Zariff Arrazin nama di Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  8. DUHAI PEMILIK HATI
    Oleh Nadhrah Husna Penerbit:ALAF 21 Tarikh Terbit:2024-01-01
    Syafiqah Hanin seorang yang bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa. Kekangan masa, tugas dan tanggungjawab tidak pernah membuatnya mengalah. Namun, insiden dengan penyelia kertas projeknya membuatkan dia hampir tersembam. Dia tidak pernah menyangka hatinya akan terjatuh suka kepada pensyarahnya sendiri. “Kita boleh padam semua ni! Ia ibarat api kecil. Kita boleh padam semula.” – Ustaz Mohd Izzat “Ya ALLAH! Hati perempuan mana yang telah kusakiti ini? Sesung Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  9. NIRMALA KASIH HANAN
    Oleh Qstnaafrn Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-12-01
    Tidak bernoda, lebih kuat mengagumi jiwa, lebih suci tiada terbatas Dia tidak pernah tunduk dengan ketakutan pada manusia. Lemah tiada di dalam kamus hidupnya. Dirinya digeruni oleh ramai orang, didambakan oleh wanita. Semuanya nampak sempurna… Cacat? Lumpuh? Lembik? Semuanya misteri untuk diungkapkan. Kini dia kaku tidak berfungsi. Dulu diri ini dibanggakan tetapi sekarang semuanya perlukan bantuan. “Jangan buat I macam ni. I merayu sangat. Kalau you menyesal dengan a Maklumat lanjut
    ASAL: RM31.00

    SEKARANG: RM 27.90 (-10%)

    AHLI: RM 24.80 (-20%)

  10. HUG: THE TRUTH UNTOLD
    Oleh Miszhann Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-12-01
    Sekuat apa pun kita berkehendak, Dia yang Maha Berkuasa Life is short… kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  11. JANGAN SEMBUNYI CINTA
    Oleh Ida Ra Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-12-01
    Terpisah kerana takdir. Bertemu kerana cinta terakhir. Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu. Lantas dia membawa diri ke sebuah pulau sambil membayangkan betapa indah seandainya Johan ada di sisi. Tanpa sengaja, seseorang datang membuatkan dia keliru. Tanpa diduga munculnya kisah masa lalu Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  12. QALAM KALBU
    Oleh Sri Rohayu Mohd Yusop Penerbit:BUKU JIWA Tarikh Terbit:2024-01-01
    Muhammad Azim, seorang anak yang telah disisihkan oleh ayahnya sejak kecil tanpa sebarang alasan yang jelas. Namun, surat-surat lama dari England pada tahun 1881 yang ditinggalkan ayahnya telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam dirinya. Sedang hidupnya dibelenggu rasa ingin tahu yang begitu mendalam, Haji Mus’ab telah mengajaknya untuk ke kota London bagi memenuhi jemputan daripada Royal Academy of Arts, London. Namun, itu bukanlah tujuan utamanya. Kedatangan mereka Maklumat lanjut
    ASAL: RM32.00

    SEKARANG: RM 28.80 (-10%)

    AHLI: RM 25.60 (-20%)

  13. EMPUNYA KALBU
    Oleh Sri Rohayu Mohd Yusop Penerbit:BUKU JIWA Tarikh Terbit:2024-01-01
    Hisyam masih lagi berusaha memujuk ayah angkatnya yang hilang semangat sejak kematian isteri. Dalam pada itu, datang seorang gadis Scotland bernama Sara Ramsay memberikan folio kulit kepada Hisyam. Di dalam folio itu tersimpan senaskhah buku lama dengan judul “The Malay Keris: Anecdotes of a Pahang Malay Matriarch” karangan Edward E. Frey. Hisyam tergamam. Itu buku nadir melebihi 100 tahun. “Kenapa awak berikannya kepada saya?” Hisyam menyoal Sara. “Baca dahul Maklumat lanjut
    ASAL: RM32.00

    SEKARANG: RM 28.80 (-10%)

    AHLI: RM 25.60 (-20%)

  14. WARISNYA KALBU
    Oleh Sri Rohayu Mohd Yusop Penerbit:BUKU JIWA Tarikh Terbit:2024-01-01
    Hassan Basri terjumpa buku lama pusaka datuknya. Rupa-rupanya itu adalah jurnal Tun Cempaka pada era Perang Bendahara Pahang. Tun Cempaka menjadi saksi kepada pengajian seni pantun Kakandanya, Hassan Perwira dengan anak saudara Gabenor British, Katherine Cavenagh. Menjadi persoalan yang besar. Kenapa perempuan inggeris itu berminat hendak mendalami seni pantun Melayu sedangkan hubungan Melayu dan British sedang tegang? Hassan Basri tersentak. Sahabatnya Khadija menunjuk Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  15. SELUANG MENODAK BAUNG
    Oleh Shahnon Ahmad Penerbit:JT PUBLISHING Tarikh Terbit:2023-10-01
    “Kita dah lama bersopan santun." "Tok nenek kita dulu pun bersopan santun sampai tergadai semua tanah kepada orang lain. Dan kita semua jadi peminta sedekah di tanah air kita sendiri." Sekian lama meneroka hutan dan menyembah perdu getah di tanah orang, Salam serta seluruh penduduk Kampung Terenas masih hidup melarat. Suman - seorang anak desa yang ramah, tiba-tiba menjadi pemuda berapi-api melawan penindasan dan ketidakadilan dengan semangat yang menggetarkan. Fatah - Maklumat lanjut
    ASAL: RM35.00

    SEKARANG: RM 31.50 (-10%)

    AHLI: RM 28.00 (-20%)

  16. PANAHAN MATAMU
    Oleh Azimah Lily Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-11-01
    Panahan matamu mencairkan hati ini! FARAH DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori ‘terlebih’. Sebab itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah dengan sikap anak ketiganya itu. Disebabkan sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya terlalu obsess denga Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  17. TAKWIL CINTA ZULAIKHA
    Oleh Miss Noi Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-11-01
    Masa lalu, biarkan terus berlalu, ada dia kini untuk kau sandarkan bahu. Blurb Zulaikha… Dia kejutkan dengan lamaran daripada dua orang lelaki, yang mempunyai pesona yang tersendiri. Sikap prihatin Haikal membuatkan dia rasa disayangi, rasa ada yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. “Let’s write our story!” -Haikal "Thanks for the gift. Tapi, kenapa nak berahsia?" -Zulaikha Sikap Kamil yang terlampau tenang pula sering kali membuatkan dia tertanya-tanya. Apa b Maklumat lanjut
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 24.30 (-10%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  18. TIGA HERO MENCARI JODOH
    Oleh Nurshiemah Md Yasan Penerbit:KASEH ARIES Tarikh Terbit:2023-10-01
    Tiga orang sahabat yang tinggal serumah mempunyai karakter yang berbeza. Masing-masing ada cerita tersendiri apabila memperkatakan tentang jodoh. NADIM, ada hati dengan anak tuan rumah. Malangnya sifat pemalu terlampau Nadim membuatkan dia mudah menggelabah. “Hei, Nadim. Kau ada kacau anak aku ke?” - Puan Asmidar “Mak ni garang sangatlah. Jangan asyik nak marah aje.” - Indah “Tak... puan. Err... saya nak pergi kerjalah ni.” - Nadim ARJUNA, dingin dengan Maklumat lanjut
    ASAL: RM32.00

    SEKARANG: RM 28.80 (-10%)

    AHLI: RM 25.60 (-20%)

  19. HIS SECRET SIDE
    Oleh Mecxira Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-11-01
    Masculine maybe dangerous, but intelligence is lethal. Kaku, beku, dingin itulah jiwanya. Biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidak perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatukan dia dengan lelaki itu. Lelaki manja yang kebudak-budakan. No way! “Dah tahu Yana tak suka Aryan dari dulu, kan? Aryan ni tak faham ke? Hati dan perasaan tak boleh dipaksa.” - Ariyana Tynessa “It s Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  20. SATU KATA KUNANTI
    Oleh Nurnaein Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-11-01
    Antara kita, takkan terwujud cinta. Ucapkan. Jika benar ia terasa. Ucapkan. Jika benar ia ada. Ucapkan. Jika benar ia cinta. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh. Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan H Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  21. SEHINGGA AKU SUDI
    Oleh Azieana Penerbit:DEAR NOVELS Tarikh Terbit:2023-11-01
    Menanti pada yang sudi walaupun ada ketikanya aku terasa hati... Milia dan Mikael telah menjalinkan hubungan cinta sejak bertahun-tahun, tapi hubungan itu gagal diikat dengan sebuah perkahwinan. Hubungan cinta mereka juga selalu ada pasang surut dan tidak direstui oleh keluarga Milia. Perkenalan Milia dengan Dato’ Ian Zulkarnain kerana berebutkan sehelai gaun telah membuka lebaran baru. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Disebabkan beb Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  22. PROFESSIONAL OVERTHINKER
    Oleh Asha Lim Penerbit:DEAR NOVELS Tarikh Terbit:2023-11-01
    Terlalu banyak soalan dan luahan yang tidak pernah terungkap dengan lisan. “Mak dengan Aunty Yana ingat nak satukan Fia dengan anak kedua dia.” Kacak, baik, sopan santun dan mempunyai kerja yang bagus. Itulah kata-kata ibunya, tapi bagi Aafia, lelaki yang mempunyai pakej lengkap sebegini kebiasaannya sudah berpunya. Bagi Aafia juga, mustahil untuk lelaki berpakej lengkap begitu adalah bujang dan jenis menurut aturan keluarga. Pasti lelaki itu mempunyai kekasih d Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  23. PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN
    Oleh Bahruddin Bekri Penerbit:JIWA Tarikh Terbit:2023-10-01
    Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi— seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitannya gulung tikar! Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  24. HABUK BINTANG
    Oleh Kamil Naim Penerbit:JIWA Tarikh Terbit:2023-10-01
    Habuk Bintang Di "Hujung Dunia", mereka sedang asyik melayan nostalgia dan kenangan yang indah khabar daripada rupa. Mungkin juga mereka sibuk memikirkan idea-idea kreatif, cinta, atau falsafah. Mungkin ini konklusi evolusi umat manusia setelah dibebaskan daripada semua jenis konflik, celaru dan bebanan. Tidak mungkin adanya indah jika tiada jelik untuk dibandingkan. Itulah memori. Yang indah memberi kekuatan, ketika sebaliknya memberikan pengajaran. Walau betapa indahnya ala Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  25. DIA HERO SEMPURNA
    Oleh Writernaz Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-10-01
    Sayap yang pernah patah, bukan peghambat untuk terbang semula. The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl. Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan. Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  26. BAWAH PAYUNG AWAN
    Oleh Liza Nur Penerbit:ALAF 21 Tarikh Terbit:2023-08-01
    Persahabatan mereka bagaikan awan yang memayungi saat panas terik mentari membahangkan tubuh. “Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi…” Kawasan setinggan yang bagaikan neraka dunia itu menyajikan seribu satu ujian yang menggoncang persahabatan mereka. Widad cuba menjadi semangat untuk Soleiman dan Hanan. “Apa yang kau ada, Widad?” “Diri aku, keupayaan aku. Hanya aku yang dapat ubah aku. Hanya aku yang dapat tolong aku…” Namun, cemburu Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  27. AURA LUF
    Oleh Syaz Sufiy Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-08-01
    Slapped by the truth or kissed by the lies? Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah. Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania. Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu. Setiap pertemu Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  28. BUDDY-MOON
    Oleh Lily Rose Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-08-01
    Bila ego seteguh Menara Galata, binasakah oleh cinta seluas langit Kapadokya? Istanbul - kota romantis penuh pesona buat pasangan berbulan madu. Namun tidak bagi Yuhanis. Datang sendirian mengubat hati yang remuk dikhianati dan serik dengan insan bernama lelaki. Sangkanya, dia mampu untuk mengembara sendirian tanpa bergantung harap dengan mana-mana lelaki. Ternyata dia silap! Nyawanya hampir terancam! Insiden itulah yang mempertemukannya dengan Jake, jejaka mat salih yang b Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  29. SEKUAT BUNGA DITIUP ANGIN
    Oleh Hon Tozoku Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-06-01
    ‘Bunga yang paling cantik tidak semestinya yang berkembang mekar. Bintang yang paling jauh, tidak seharusnya paling sukar digapai.’ “Kau… Kau anak terbiar. Kau tiada ibu dan ayah. Mereka ke luar negara, tapi kau ditinggalkan. Dijaga oleh orang gaji saja. Sebab itu kau budak terbiar. Anak yang tidak diingini mak bapak!” PERIT buat Aki Maylea apabila dirinya dikenali sebagai anak terbiar. Tapi memang benar. Ayahnya, Ghaffar hanya akan memberinya buku setiap kali balik Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  30. MERINDUIMU BUKAN SEDERHANA
    Oleh Pynat Mouri Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-06-01
    Bukan aku tak move on tetapi kisah kita yang dulu baru bermula Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  31. MARJAAN PERMATAKU
    Oleh Fatinilam Sari Ahmad Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-06-01
    SEKOLAH pondok? Tak pernah terlintas dalam fikiran Marjaan yang dirinya akan tercampak di tempat ‘jin bertendang’ itu. Hanya disebabkan keputusan SPM teruk dan risau Marjaan bergaul dengan rakan-rakannya yang liar, akhirnya Puan Mahani membuat keputusan agar Marjaan menyambung belajar di Sekolah Pondok Al-Muhaimin Dunia Marjaan bertukar 180 darjah. Kini Marjaan menjadi gadis yang berjubah dan berniqab di hadapan orang ramai. Kecantikannya tersorok. Keseronokannya direnggu Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  32. ROMAN BAIDURI
    Oleh Orked V. Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-05-01
    Melepaskan bukanlah tanda kelemahan, tetapi sebuah pencarian untuk menemukan kekuatan yang baru. Menjadi seorang ULFA tidak mudah; bapanya didiagnos depresi kerana perniagaan gagal, ibu harus bekerja menjadi pembantu rumah untuk menafkahi keluarga. Abang sulung Ulfa hanya beban, tidak mampu membantu, sering meminjam wang secara tidak sah dan menyulitkan ibu mereka. Adik bongsu, Irwan, lumpuh akibat kecelakaan. Ulfa tetap tegar bekerja di bawah ketua editor cerewet Encik Hilm Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  33. CEMPAKA DI LANGIT RAJAB
    Oleh Lily Haslina Nasir Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-05-01
    Sebuah kisah cinta yang melangkaui tiga generasi. Tiga wanita, Karmini, Karmila dan Cempaka, bagai digenggam takdir hidup yang penuh berliku. Mereka ini membawa semangat emansipasi yang sangat luar biasa. Dalam lembut ada tegasnya, dalam patuh ada bangkitnya. Karmini mengharungi keperitan hidup di zaman perang bersama suami, Daeng Amid. Hidup serba sukar dan sulit. Daeng Amid yang terasuh dalam lingkungan budaya dan falsafah masyarakat Bugis, berusaha mempertahankan perkahwi Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 27.00 (-10%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  34. …DAN CINTA PUN TERSENYUM
    Oleh Rose Harissa Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-05-01
    Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati… Merasa ‘dilempar’ ortu ke Pulau Besar, Malaysia, Ervan Prima Sakti, Indonesia’s Most Eligible Bachelor protes berat. Bertemu pula dengan Surihani, cewek muka imut tapi jutek alias ngeselin banget! Salah faham bahasa, sering bikin dia dan Suri adu mulut. “Kamu hobinya nyerocos ... padahal aku belum habis ngomong, aku butuh bantuan kamu!” – Ervan “Tapi di sini, perkataan butuh maksudnya lucah, mencarut. Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  35. MI ESPOSA
    Oleh Hudanajwa Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-06-01
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  36. HAZRAEL
    Oleh Harleen Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-06-01
    Dia lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina daripada menyentuh kematian. Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, seorang lelaki yang hampir mati kerana tindakan Naina yang meling. Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  37. SAYANG, DI MANA DIA …
    Oleh SUFEA HAREEZ Penerbit:PENERBITAN IDEA KREATIF Tarikh Terbit:2023-05-01
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  38. UBAT CINTA
    Oleh CIK AMAL AMINA Penerbit:PENERBITAN IDEA KREATIF Tarikh Terbit:2023-05-01
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 24.30 (-10%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  39. PRIMA FACIE
    Oleh SHERA ZULGHAFAR Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-04-01
    All is fair in love… and law. Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. “Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?” – NUR NADHRAH “Well, that depends on how we are treated.” – AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terla Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  40. KARMA: KISAH MERANTAI SUKMA
    Oleh RICHIE RACHMAN Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-04-01
    Ketika cinta mendakap atma, timbul duka membenam jiwa. Cahaya yang diharapkan menerangi, kenapa kegelapan membunuh sang jiwa? Lavender merasakan hidupnya sudah dicorak tanpa pelangi, hanya ada hitam dan kelam. Dia gadis yang dahagakan kasih sayang daripada kedua orang tuanya. Bersama duka dia berusaha menimba ilmu di Australia untuk melupakan kisah silam. Selepas 15 tahun, Lavender kembali ke Malaysia untuk mencapai impian menjadi seorang arkitek. Berpeluang membuat prakt Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  41. NEMESIS
    Oleh AALIYAADNI Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-04-01
    … kerana hidup itu adalah pertandingan. Ikon anak muda yang trauma dengan kisah silamnya, Layla Olivia tidak bersedia untuk menurut arahan ibunya, Nydia supaya memikirkan tentang pasangan hidup. “Layla, sudah tiba masanya Layla fikirkan tentang kehidupan selain daripada karier Layla. Layla sudah berjaya mencapai cita-cita Layla; tiada apa lagi yang Layla mahu kejari. Sekarang Layla perlu ada seseorang untuk melindungi Layla.” – NYDIA “Buat masa ini, perkahwinan b Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  42. BAGAIKAN PELANGI
    Oleh F.H.Y Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2023-04-02
    Kiranya dulu aku pernah terluka Zahir ceria batinku gerhana Kini kau hadir bagaikan pelangi Lantas rindu pun kembali bersemi Zakhri Lee… HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan h Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 22.50 (-10%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  43. CHASING THE DAWN
    Oleh FUFULIEYA MAT Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-02-01
    RIndu menghapuskan benci dan dendam yang menggugat jiwa. Andai dendam itu tiada, sudah tentu bahagia yang mereka kecapi saat ini. Tetapi, api kebencian masih lagi membara dan harus dibalas walaupun gadis itu tidak tahu apa-apa. "Kenapa awak mesti layan saya macam ni?! Saya cuma cintakan awak! Kenapa awak hukum saya pada salah yang saya tak buat?!" - AMMARA HALIQA "Kau pentingkan diri kau sama macam keluarga kau yang tak guna tu! Senang-senang datang hancurkan hidup aku, sen Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  44. SAOIRSE DAN LAPAN PENGIKUT
    Oleh HANNAH SERRES Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-02-01
    Kucarikan makna di sebalik sebaris kalimah mujarad itu. Terjatuh ke dalam sungai paling panjang di dunia, seorang lelaki diberikan peluang untuk hidup kali kedua. Pulang semula ke negara kelahirannya untuk mencari sebuah jawapan, dia ditakdirkan bertemu dengan sepasang kawan karib, bersama adik mereka. “Selamat pagi! Dengar khabar angin suspek pembunuhan tinggal dekat sini!”- AISYAH Pada ketika kematian demi kematian bagaikan kebetulan berlegar-legar di sekeliling. “ Maklumat lanjut
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 24.30 (-10%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  45. KUNTUMAN MAWAR MILIKKU
    Oleh NURSHAZA Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-02-01
    Teruslah menjadi penawar hatiku Dia percaya kesetiaan membawa maksud ketulusan untuk menyimpan satu hati dan berjanji untuk tidak mengkhianati. “Abang sayangkan Haura. Abang tak tipu.…” – ZAWWAR FAKHRI Ternyata kesetiaannya bagaikan bertepuk sebelah tangan. Pengakuan Fakhri sama sekali tidak dapat menembus akal fikirannya. Haura tekad untuk keluar dari kepompong kesetiaaannya. Setiap kali dirinya terperangkap dalam sarang kesedihan, hadirnya si mawar putih bersama Maklumat lanjut
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 24.30 (-10%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  46. TERPANAH SETIAMU
    Oleh ATHENA ROSE Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-01-01
    Biar kutemukan tanda syurga itu, daripada seseorang dari masa laluku Kehidupan yang serba kelabu mampu bertukar menjadi lebih berwarna jika takdir memilih untuk bertemu dengan orang yang tepat. “Aku nak saman kau, aku tak nak saman orang lain.” — MUBARAK Walau luaran terlihat kasar, jejaka sejuk beku itu mempunyai aura penyayang. Tak diseru pun Mubarak selalu muncul bersama sayap-sayap cintanya. Hadir sebagai pelindung, jiwa Dealova bagai terhubung oleh suatu isyarat Maklumat lanjut
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 24.30 (-10%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  47. BUKAN DIA TAPI AKU
    Oleh NURUL ATIQH GHUZIR Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-01-01
    Kerana harapan ini aku punah, dan kerana harapan ini juga aku bahagia Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Walau berkongsi tarikh lahir, nasib Anna dan Nia sangat berbeza. Bagi Nia pula, badai yang datang memukul jiwanya tanpa henti. Bagai tiada elipsis sama sekali. Sering Nia tertanya, kenapa dia dan bukan aku? Kehadiran Hazeer mengubat lara Nia. Sepucuk surat pantun menjadi pengganti kata. Bibir tertawa hati menangis, Hati mendamba cinta sejati, Har Maklumat lanjut
    ASAL: RM26.00

    SEKARANG: RM 23.40 (-10%)

    AHLI: RM 20.80 (-20%)

  48. TULIP: STUPOROUS IN LOVE
    Oleh NADRINALINE RUSH Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2023-01-01
    Is it true that we are six degrees apart? Six Degrees of Separation, teori yang mengetengahkan idea bahawa seseorang itu berkait atau mempunyai hubungan dengan sesiapa sahaja di dunia ini melalui suatu rangkaian perhubungan yang hanya dipisahkan dengan enam orang atau kurang daripada itu. Itu teori Orang Barat. Yang semestinya boleh bawa berdebat 44 hari. Tapi ada sesuatu yang Syazreen memang pasti... Qada and qadar yang membawa kepada pertemuannya dengan DO buat entah-ke-b Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 26.10 (-10%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  49. KHILAFKU MEMELUK JIWA
    Oleh JULES Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2022-09-01
    Alkisah Qaseh, gadis happy-go-lucky, cemerkap dan seringkali dihakimi sebagai anak bongsu, walau pada hakiki dia tidak sama sekali berkiblatkan kemewahan. Dia pendengar setia sekali gus penyelesai masalah. Hobinya meringankan beban mangsa yang ditindas oleh pasangan mereka. Acapkali badai menimpa dialah srikandi abad ke-21, alfu ke-3. Peribahasa berpantang maut sebelum ajal dijulang tinggi saat kecelakaan melingkari situasi. Akibatnya, Qaseh dimurkai ayahanda ekoran mempert Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  50. BUKAN LELAKI TERHEBAT
    Oleh Dilla Ahmad Penerbit:KASEH ARIES PUBLICATION Tarikh Terbit:2020-01-29
    Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia. “Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ SERI DHIA “Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ JADEN Sukar untuk Jaden Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 25.20 (-10%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

50 Item(s)

Back to Top