Popular
Popular
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

Pilihan Popular

Popular Choice

 

Bahasa

SEMUA  B.Melayu  Bilingual  Trilingual  Lain-lain 
  1. BEAUTIFUL LIES
    Oleh Nurul Arissa Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2024-03-01
    Datanglah berjuta diri mereka sekalipun, kau tetap yang satu di hatiku. Bibirnya mengukir senyuman, namun yang dia rasai, adalah yang sebaliknya. Bahagia, tapi hal itu tidak kuat menguasai jiwanya apabila rasa derita lebih mengatasi segala-galanya. Bukannnya dia tidak mahu mencintai seseorang, namun kerana trauma, dia memendam rasa itu. “Bukan salah aku. Aku terpaksa! Aku terseksa! Kau faham tak yang aku terseksa selama ni?! Aku takut. Dan semua tu aku tanggung seorang di Maklumat lanjut
    ASAL: RM27.00

    SEKARANG: RM 27.00 (-0%)

    AHLI: RM 21.60 (-20%)

  2. KUMBANG DI HATIKU
    Oleh Rose Harissa Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2024-03-01
    Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu b Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  3. BERSYURGA DI RUSUKMU
    Oleh Lily Haslina Nasir Penerbit:KARYASENI Tarikh Terbit:2024-03-01
    Aku Mawar. Megat panggil aku Mawar Berduri. Kami bersahabat sejak sekian lama. Aku anggap dia teman tapi mesra. Sampai bila mahu bersahabat? Ramai yang bertanya. Aku malas mahu serabutkan kepala. Aku jawab, "Sampai bila-bila!" Saat berbual, kami bahasakan ‘aku’ dan ‘kau’ saja! Nampak bukan? Aku memang anggap dia sahabat dunia akhirat. Bukan tak pernah Megat memberi isyarat hatinya. Tetapi, entahlah. Aku pura-pura tidak faham. Aku belum bersedia untuk berfikir lebih ja Maklumat lanjut
    ASAL: RM29.00

    SEKARANG: RM 29.00 (-0%)

    AHLI: RM 23.20 (-20%)

  4. TANAM
    Oleh Asraf Shaari Penerbit:FAJAR PAKEER Tarikh Terbit:2024-03-01
    Biar menjadi rahsia selamanya. Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amal jahat yang dikerjakannya. Surah Al-Muddaththir: Ayat 38 Keadilan tidak akan muncul selagi syaitan berjaya menghasut umat manusia. Akibat curang dan serakah, nyawa insan yang tidak bersalah menjadi pertaruhan. Tragedi yang berlaku terhadap sebuah keluarga yang sangat bahagia menyebabkan ada kejadian yang tidak selesai dan menyimpan 1001 misteri yang sukar difahami. Ganggu Maklumat lanjut
    ASAL: RM23.00

    SEKARANG: RM 23.00 (-0%)

    AHLI: RM 18.40 (-20%)

  5. TELAPAK IBLIS
    Oleh Izzatin Yasin Penerbit:BUKU PRIMA Tarikh Terbit:2024-04-01
    Dewi Kasturi, seorang gadis jelita yang dicemburui oleh kebanyakan penduduk Kampung Tualang Beringin. Fitnah sering dilemparkan sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan syirik untuk membunuh ibu dan ayahnya. Sejak itu, Dewi menjadi murung. Rasa cintanya kepada Khaliq, si pemuda kaya turut dipertikaikan oleh Taris. Kebahagiaannya diragut pergi. Imannya bergoncang dan hampir runtuh. Akhirnya, perjanjian dimeterai. Iblis ingin mengheretnya ke neraka! "Aku akan bunuh kau! Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  6. GERIMIS
    Oleh Nureen Mirza Penerbit:ALAF 21 Tarikh Terbit:2024-04-01
    Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira, namun lain pula yang terjadi. Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan-bulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya? “Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak berm Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  7. RAHSIA HIDUP BERKAT
    Oleh Dr. Rohaily Al-Jawhary Penerbit:MUST READ Tarikh Terbit:2024-04-01
    Keberkatan dalam hidup menganugerahkan kita ketenangan jiwa, kedamaian hati, keselesaan, kebahagiaan dan kesempurnaan. Malah segalanya menjadi cukup dan lengkap dengan keberkatan. Bersama berkat yang sedikit akan mencukupkan, apatah lagi bila banyak melimpah, tentu ramai yang dapat berkongsi, merasa keberkatannya. Bila dilimpahi berkat, nikmat yang diterima pasti mencukupkan, menenangkan dan membahagiakan. Malangnya, tanpa berkat yang banyak tidak akan mencukupkan, apatah lag Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  8. KITA AKAN BAIK-BAIK SAJA
    Oleh Syaari Ab Rahman Penerbit:TENTANG KITA Tarikh Terbit:2024-04-01
    Nabi Muhammad SAW juga seperti kita, pernah lost, tak tahu nak buat apa. Pernah rasa insecure, semua orang memusuhi Nabi. Pernah rasa takut sangat - setiap penjuru ada bahaya yang menanti. Allah turunkan surah yang indah ini, Surah al- Dhuha, di tengah-tengah gusarnya jiwa seorang Baginda, untuk menenangkan, merawat, dan mengajar Baginda apa ertinya menyerah ketika kita merasa sedang kalah. Insya-Allah... di balik setiap ayatNya yang begitu menusuk, dan maknanya yang benar-be Maklumat lanjut
    ASAL: RM49.00

    SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

    AHLI: RM 39.20 (-20%)

  9. SEMUA YANG SESAK AKAN PERLAHAN REDA
    Oleh Syaari Ab Rahman Penerbit:TENTANG KITA Tarikh Terbit:2024-04-01
    Ada waktu, kita merasakan seperti tiada siapa yang memahami diri kita. Setiap kali cuba diceritakan apa yang tersimpan di hati, orang akan gelakkan atau masalah kita diperkecilkan. Di saat kita merasakan tiada yang memahami, ingatlah bahawa Tuhan tahu apa yang disembunyi. Surah al-Syarh sudah lama menunggu kita. Bacalah dan renungilah. Implementasikannya dalam hidup. Dan semua yang sesak akan perlahan reda. Maklumat lanjut
    ASAL: RM49.00

    SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

    AHLI: RM 39.20 (-20%)

  10. MUNAFIK TANPA SEDAR
    Oleh Dr. Muhammad Yusuf 'Abdu Penerbit:AL-HIDAYAH Tarikh Terbit:2024-04-01
    Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya. Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam Al-Quran dinyatakan tentang tanda-tanda golongan munafik ini sebagai Maklumat lanjut
    ASAL: RM40.00

    SEKARANG: RM 40.00 (-0%)

    AHLI: RM 32.00 (-20%)

  11. CUMA AKU, LUKAKU DAN TUHANKU
    Oleh Hafizul Faiz Penerbit:TENTANG KITA Tarikh Terbit:2024-04-01
    Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah. Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya. Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan di syurga. Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk be Maklumat lanjut
    ASAL: RM49.00

    SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

    AHLI: RM 39.20 (-20%)

  12. TUHAN, AKHIRNYA AKU MENYERAH…
    Oleh Imran Zaki Penerbit:TENTANG KITA Tarikh Terbit:2024-04-01
    Hari akan berlalu, tetapi tak semua patah akan tumbuh, dan tak semua hilang berganti. Memang begitulah akhirnya. Kita cuma harus belajar untuk hidup dengan kesedihan yang dalam itu. Kita akan berkawan dan berteman dengannya. Ia adalah senarai memori yang berat, tetapi sekurang-kurangnya kita tetap mahu ada cara untuk mengenangnya, antaranya lewat air mata. Lalu Allah SWT menyebutkan kepada jiwa yang tenang, pulanglah. Kembalilah kepada Tuhan yang selalu mendengar. Maklumat lanjut
    ASAL: RM49.00

    SEKARANG: RM 49.00 (-0%)

    AHLI: RM 39.20 (-20%)

  13. TERUS MELANGKAH
    Oleh Rohamiah Muda Penerbit:GALERI ILMU Tarikh Terbit:2024-04-01
    Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri. Lain orang lain masalahnya. Ada yang kuat menghadapinya, namun ada kecundang di tengah jalan. Masalah demi masalah yang ditanggung kadang-kala menyebabkan manusia tersilap membuat keputusan, hingga ke tahap inginsanggup membunuh diri, terlibat dengan jenayah dan sebagainya. Penulis sendiri banyak melalui pengalaman yang menyedihkan seperti pelajar membuat cubaan membunuh diri, tidak mahu solat kerana menganggap ia tidak dapat men Maklumat lanjut
    ASAL: RM25.00

    SEKARANG: RM 25.00 (-0%)

    AHLI: RM 20.00 (-20%)

  14. SIRI KALBU: HIDUP YANG TELAH TERTULIS
    Oleh Safa Safwan Penerbit:KADOKAWA GEMPAK STARZ Tarikh Terbit:2024-04-01
    Ada ketikanya, kita seakan-akan hanya mampu mengucapkan rasa syukur secara lisan berbanding menzahirkannya dengan perbuatan. Akan tiba satu saat segalanya bakal mendatangkan lumayan pada emosi dan perasaan; namun ia bukanlah semata-mata demi kepuasan. Ada hal-hal yang Tuhan mahu kita corakkan pemahaman menerusi sesuatu keadaan. Lalu kita bertumbuh sebagai insan yang lebih manusiawi. Di kemudian hari nanti, semua yang dianggap berat dan penat akan terlihat sebagai lemb Maklumat lanjut
    ASAL: RM20.00

    SEKARANG: RM 20.00 (-0%)

    AHLI: RM 16.00 (-20%)

  15. USTAZAH BASIKAL DAN TEKANAN NEGARA BERSALJI JILID 3
    Oleh Ahmad Isa Penerbit:GRUP BUKU KARANGKRAF Tarikh Terbit:2024-04-01
    Perancangan untuk memasuki negara bersalji mengujakan?Ahmad dan Adilah. Lagipun, ini kali pertama Adilah berbasikal dalam cuaca dan keadaan begitu. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran baharu?di sepanjang perjalanan. Di China, mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan?kastam selama 14 jam dalam kesejukan dan kelaparan. Di Kyrgyzstan pula, hajat mereka mahu merentasi gunung bersalji dengan basikal tela Maklumat lanjut
    ASAL: RM35.00

    SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

    AHLI: RM 28.00 (-20%)

  16. BE MY BABYGIRL
    Oleh Nisaamuttalib Penerbit:PENERBITAN KAKI NOVEL Tarikh Terbit:1899-12-31
    Dia tidak seperti gadis-gadis normal yang lain kerana ada satu kelainan dalam dirinya yang dikenali sebagai 'little space... di mana dia masih lagi berada dalam jiwa kanak-kanaknya. "Adik nak cat ni boleh, angah? Jadi kawan Teddy..." Mawar Qaisara. Mawar Qaisara, si gadis yang memiliki keistimewaan itu. Tutur kata, perbuatan dan tingkah lakunya persis budak tadika mampu menarik perhatian seorang Syed Syakil, si buaya darat tersohor di Malaysia. Mereka disatukan atas per Maklumat lanjut
    ASAL: RM24.00

    SEKARANG: RM 24.00 (-0%)

    AHLI: RM 19.20 (-20%)

  17. BINTANG TANPA NAMA
    Oleh Ainul Farihah Penerbit:JT PUBLISHING Tarikh Terbit:2024-02-01
    Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang — dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri. Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara. Sejak mereka bertemu Maklumat lanjut
    ASAL: RM39.00

    SEKARANG: RM 39.00 (-0%)

    AHLI: RM 31.20 (-20%)

  18. TIKA CINTA HADIR
    Oleh Azieana Penerbit:DEAR NOVELS Tarikh Terbit:2024-02-01
    Mulut kata tak suka, tapi hati dah jatuh cinta. Ryzal cuba menolak saranan orang tuanya untuk dijodohkan dengan Qaisara kerana sejak awal lagi dia tak pernah menyukai gadis itu. Tapi, penolakannya tidak diendahkan, menyebabkan dia semakin membenci Qaisara. “Kau tahu tak yang kau ni seorang yang tamak? Tak tahu bersyukur. Sepatutnya kau sedar siapa diri kau. Apa asal usul kau. Hati aku ni dah lama sakit. Dah berdarah dan bernanah disebabkan kau!” Ryzal “Kenapa? Hairan Maklumat lanjut
    ASAL: RM32.00

    SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

    AHLI: RM 25.60 (-20%)

  19. THE GHOST WRITER: THE CURSE OF THE BLACK DIARY
    Oleh Anirulnasuha Penerbit:KASEH ARIES PUBLICATION Tarikh Terbit:2024-02-01
    Leonard Walter yang mengalami depresi teruk setelah kematian isteri dan bayi kembarnya telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Springville City dan memulakan kariernya sebagai seorang penulis novel seram. “Untuk tinggal di apartmen ini, ada syaratnya yang perlu kamu ikut. Syaratnya, kamu tak dibenarkan keluar dari bangunan ini tepat pada jam 12.00 tengah malam.” - Aunty Rose Hidup Leonard mula berubah 180 darjah setelah terjumpa sebuah diari lama di apartmen Black Sw Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.00

    SEKARANG: RM 28.00 (-0%)

    AHLI: RM 22.40 (-20%)

  20. HIRAETH
    Oleh Rozanna Penerbit:JT PUBLISHING Tarikh Terbit:2024-02-01
    Yang membataskan langkahmu hanyalah ketakutan seorang dewasa! Zahra — terpaksa menangguhkan semester PhD-nya dengan sejuta cerita terpendam. Dia memilih alam muzik tanpa mendedahkan punca sebenar: kanser glioblastoma, rahsia tersembunyi di sebalik senyuman pahit yang tergarit. Fared, pelarian Syria, membawa luka-luka yang merintis kisah kehilangan keluarga. Tragis, sarat dengan duka yang tidak pernah berkesudahan. Pertemuan mereka di Jerman bukan sekadar kebetulan, tetap Maklumat lanjut
    ASAL: RM39.00

    SEKARANG: RM 39.00 (-0%)

    AHLI: RM 31.20 (-20%)

  21. RAMALAN PERASAANKU
    Oleh Anggun Masie Penerbit:DEAR NOVELS Tarikh Terbit:2024-02-01
    Ketika takdir merantai hati, cinta ini takkan pernah terganti. Asbab berhenti kerja dan bertemu dengan sepasang kembar, membawa semula rasa yang pernah dipendam buat seorang lelaki dalam hati Kenanga. Perpisahan selama 16 tahun, Adam kembali dengan salah faham yang disalah tafsir oleh Kenanga sendiri. Paranoidnya terhadap lelaki telah meletakkan Adam ke satu dasar yang sukar untuk diselami. “Saya nak ikut adat, tapi selalu kena tolak. Kalau dengan cara macam ni awak boleh Maklumat lanjut
    ASAL: RM32.00

    SEKARANG: RM 32.00 (-0%)

    AHLI: RM 25.60 (-20%)

  22. SEDIKIT, TAPI CUKUP
    Oleh Fakhri Fadzli Penerbit:IMAN PUBLICATION Tarikh Terbit:2024-03-01
    Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih, kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian … Kita akan mencari lagi dan lagi – yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati. Tanpa sedar, kita terperangkap dal Maklumat lanjut
    ASAL: RM35.00

    SEKARANG: RM 35.00 (-0%)

    AHLI: RM 28.00 (-20%)

  23. TIMELINE AKHIR ZAMAN
    Oleh Neelofa Haris Ismail Penerbit:NUKTAH Tarikh Terbit:2024-03-01
    Dunia ini sudah tua, dan ia pasti akan berakhir. Namun, bilakah dan bagaimanakah episod akhir dunia ini akan berlaku? Jika kita masih hidup, bagaimanakah kita akan menghadapinya? Adakah kita akan tergolong dalam golongan yang beriman atau sebaliknya? Buku ‘Timeline Akhir Zaman’ ini akan merungkaikan perjalanan dan cabaran setiap tanda-tanda besar menuju Hari Kiamat; bagaimana situasi genting dan mencabar untuk mempertahankan aqidah Islam dalam masa yang sama manusia berge Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  24. RESET JIWA
    Oleh Adnan Fadzil Afiqah Yusri Penerbit:NUKTAH Tarikh Terbit:2024-03-01
    Buku ini menghimpunkan mutiara hikmah daripada para ulama' tentang jiwa. Mereka terlebih dahulu mengamalkannya sebelum menasihati kita, sehingga Allah telah melimpahkan ke dalam jiwa mereka ilham untuk memahami ilmu, mengamalkan dan mengajarkannya. Buku ini mengandungi rahsia jiwa, racun dan penawar baginya, kebahagiaan bagi orang yang menjaga jiwanya, serta penderitaan bagi mereka yang mengabaikannya. Semoga titipan ini bisa membantu kamu menemukan kebahagiaan jiwa yang seda Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  25. ATOMIC HABITS (EDISI BAHASA MELAYU)
    Oleh James Clear Penerbit:ACEPREMIER Tarikh Terbit:2024-03-01
    Dalam buku ini, seorang penulis dan penceramah yang terkenal dalam topik pembentukan tabiat, James Clear bakal menjelaskan secara dasar tentang perubahan kecil yang sering kali dianggap remeh tetapi sebenarnya memberikan hasil yang luar biasa dalam kehidupan. Tabiat Atomik, sebuah buku yang akan membentuk semula cara anda berfikir tentang kemajuan dan kejayaan serta memberi anda alat dan strategi yang anda perlukan untuk mengubah tabiat anda sama ada anda pasukan yang ingin m Maklumat lanjut
    ASAL: RM49.90

    SEKARANG: RM 49.90 (-0%)

    AHLI: RM 39.92 (-20%)

  26. IKIGAI: RAHSIA ORANG JEPUN UNTUK KEHIDUPAN BAHAGIA DAN PANJANG USIA
    Oleh Hector Garcia Francesc Miralles Penerbit:ACEPREMIER Tarikh Terbit:2024-03-01
    Menurut kepercayaan orang Jepun, setiap manusia mempunyai ikigai mereka sendiri - alasan untuk hidup. Dan menurut penduduk yang paling lama hidup di dunia dan tinggal di perkampungan Jepun, mereka mendapati bahawa ikigai ialah kunci kepada kehidupan yang lebih bahagia dan lebih lama. Melalui buku Ikigai ini, penulis Héctor García dan Francesc Miralles telah menemu bual penduduk sentenarian di sebuah perkampungan Jepun dengan peratusan tertinggi penduduk yang berusia lebih s Maklumat lanjut
    ASAL: RM45.00

    SEKARANG: RM 45.00 (-0%)

    AHLI: RM 36.00 (-20%)

  27. SIRI 30 WADAH: AKU BUKAN LOSER!
    Oleh Sisyoujae Penerbit:Gempak Starz Tarikh Terbit:2024-03-01
    Pernah merasakan diri kita gagal? Selalu tewas dalam pertandingan kehidupan seharian? Lebih menyeksakan bila sering buat perbandingan dengan orang lain dan berputus asa dengan diri sendiri! Tiada sesiapa mahu tenggelam ke dasar laut paling dalam. Jika berkemampuan, pastinya kita akan sedaya upaya berusaha menggapai bintang di langit. #Bangkitlah Siri 30 Wadah ini bakal membawa kita menempuh cabaran melawan fikiran negatif seterusnya berani bangun mengatasi kelemahan diri. Ing Maklumat lanjut
    ASAL: RM22.00

    SEKARANG: RM 22.00 (-0%)

    AHLI: RM 17.60 (-20%)

  28. MEMBONGKAR MISTERI TENGGELAMNYA KAPAL FLOR DE LA MAR
    Oleh Siti Sujinah Sarnap Penerbit:HIJJAZ RECORDS PUBLISHING Tarikh Terbit:2024-03-01
    Ada info sejarah yang disangka benar tetapi kemudian apabila dilakukan kajian terperinci ia tidak tepat. Tidak terlepas juga sejarah tentang tamadun Melayu. Sejarah berubah dari masa ke masa apabila kajian dan penelitian terus dilakukan. Pada suatu masa kita pernah mengambil maklumat sejarah kita dari bangsa 'Orang Putih' yang kemudian baru kita sedar ia suatu penipuan. Penjajah telah keluar dari negara kita tetapi mereka meneruskan penjajahan melalui minda kita (ghuzwatul fi Maklumat lanjut
    ASAL: RM37.90

    SEKARANG: RM 37.90 (-0%)

    AHLI: RM 30.32 (-20%)

  29. SEBELUM BERDUA
    Oleh Normaliza Mahadi Penerbit:KARYA BESTARI Tarikh Terbit:2024-03-01
    Takut tak bila baca isu-isu rumah tangga yang bertebaran di media sosial? Kes cerai, kes nafkah, kes curang, kes mentua vs menantu, kes gaduh. Banyak lagilah. Kes sampai naik mahkamah pun ada. Siapa sangka mereka jadi begitu padahal mereka dahulu saling mencintai dan pernah berjanji setia sehidup semati. Mereka pernah bahagia. Tapi sekarang apa yang terjadi? Berita-berita sebegini seolah-olah menggambarkan betapa perkahwinan itu adalah satu hubungan yang banyak masalah, yan Maklumat lanjut
    ASAL: RM30.00

    SEKARANG: RM 30.00 (-0%)

    AHLI: RM 24.00 (-20%)

  30. KISAH PARA WALI
    Oleh Farid Al-Din Attar Penerbit:PUSTAKA AL-EHSAN Tarikh Terbit:2024-03-01
    Para Wali Allah tidak terkenal dengan kegagahan pada fizikal atau tubuh badan seperti ahli-ahli tinju dunia misalnya Mike Tyson atau Muhammad Ali ketika di zaman kegemilangan mereka. Tetapi para Wali Allah terkenal dengan kegagahan atau ketahanan pada hati mereka. Hati Wali-Wali Allah gagah dan tahan menanggung segala pukulan ribut taufan kerana kukuh akar tunjangnya. Segala musibah yang menggoncangkan hati orang awam tidak menjejaskan hati Wali-Wali Allah apabila ditimpa ke Maklumat lanjut
    ASAL: RM28.90

    SEKARANG: RM 28.90 (-0%)

    AHLI: RM 23.12 (-20%)

30 Item(s)

Back to Top