Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Pertemuan Encik Boss dan si Mata Hijau bukan seperti pertemuan biasa. Ia disulami pelbagai soalan tidak puas hati, pergaduhan dan pertengkaran yang menjadikan hidup Emerald kacau bilau. "Papa ni biar benar nak bagi aku aku kerja dengan budak tak cukup umur ni? Budak praktikal ke apa? Macam ni nak kerja. Dengan Hooksweater, jeans dan sneakers tu dah macam budak sekolah je.~ Bayu Muzaffar Si mata sepet yang tenung orang macam nak tembus ni anak big boss ke? Habis cair segala lemak-lemak aku kena scan dengan mata laser sepet tu. Muka boleh tahan, tapi sombong melangit. Ingat sombong dia tu boleh bawa ke kubur ke. Walaupun aku comel, tapi kerja aku tip-top tau. Projek aku semua untung juta-juta lemon. Heh! ~Emerald Uzma Ada sahaja yang tak kena dengan budak 'lelaki' comel itu. namun perangai Bayu yang macam 'Hitler' itu seringkali kalah dengan karenah keanak-anakan Emerald. Budak itu cukup gemar meninggalkan nota comel pada kerjanya.