Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
" Buku ini merupakan sumbangan penulis sebagai ahli akademik yang selalu berhadapan dengan masalah penulisan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di universiti. Ia juga antara aspirasi penulis dalam membantu pelajar luar bandar menguasai asas bahasa Inggeris melalui projek komuniti yang dikenali sebagai Centre for Advancement in Rural Education Informatics (iCARE) di bawah kerjasama Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan agensi luar bandar iaitu Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Maka, strategi mudah dan berteknologi maklumat yang diketengahkan boleh mengurangkan atau menyelesaikan masalah penguasaan asas bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan pelajar luar bandar. Ini menunjukkan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT dapat menyokong kemahiran insaniah seperti penguasaan asas bahasa Inggeris di samping kemahiran berkomunikasi seperti penulisan e-mel. Penerangan dalam bahasa Melayu yang mengupas asas bahasa Inggeris disertakan dengan strategi mudah dan berteknologi maklumat memberi kelebihan bagi para pembaca yang masih cuba menguasai bahasa Inggeris"