Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
"Kalaulah aku tahu kau ni brutal sangat, tak ingin aku bawa kau balik. Lebih baik aku biar kau pengsan kat stesen bas." "Hei!" Elise menuding ke arah Karl dengan geram. "Betullah apa aku cakap." "Ah! Aku dah ingat. Kaulah 'puteri' masa persembahan pentas sempena ulang tahun sekolah tahun lepas. kan?!!" Ada sahaja yang tidak kena. Karl perli Elise. Elise pula perli Karl. Sampai bila 'perang perli' antara kak long karate dengan lelaki 'puteri' ini akan berakhir? Sedar tak sedar pertelingkahan membuahkan bibit-bibit kemanisan. Adakah gula-gula kapas dan kisah silam akan 'mengajar' dua remaja ini tentang kasih sayang?