Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Kau ni ahli sihir eh?! Kau yang sebabkan aku patah kaki!” “Aku bagi tahu apa yang aku nampak aje!” Zap! Teringatkan ejekan demi ejekan sewaktu dia masih kecil itu buat jantung Mareeya bagai direntap. Semuanya bagai deja vu. Sebolehnya dia tidak mahu kelebihan itu. Mampu melihat masa depan dari anak mata seseorang? Itu semua malapetaka baginya. Mareeya berdoa semoga suatu hari nanti dia menjadi manusia yang normal. Tapi… Setelah 24 tahun memiliki kebolehan itu, tiba-tiba semuanya hilang saat terpandangkan sepasang anak mata! “Aku sepatutnya boleh nampak orang punya future. Tapi lepas aku jumpa kau... Aku dah tak nampak. Aku tak nampak apa-apa tentang kau. Dan sekarang, aku tak nampak apa-apa tentang orang lain juga.” - Mareeya “Miss, I betul-betul tak faham dengan apa yang you cakap ni. Kalau you rasa, you’re gifted... Then maybe you are. Tapi bukan I yang ambil semua tu dari you.” – Luth Ilyas “Aku nak semua tu balik!” - Mareeya Pertemuan dengan Luth Ilyas buat Mareeya kehilangan kebolehannya. Dulu, dia rasa itu semua beban tapi setelah selesa dengan kelebihan itu, dia tidak mahu kehilangan. Dia harus lakukan sesuatu untuk dapatkan semua itu semula. “You nak kahwin dengan I? – Mareeya Terperanjat Luth dengan lamaran Mareeya. Orang yang tidak dikenali dan sangat pelik, melamarnya! Gila! Tapi, bagai ada sesuatu yang ada pada Mareeya buatkan Luth rasa seperti ada magnet, menarik Luth kepada Mareeya. “In that case, I sebenarnya kunci untuk you normal semula. Betul tak?” – Luth Ilyas Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Pertemuan yang menemukan Luth dan Mareeya menyingkap realiti 24 tahun lepas. Realiti tentang bagaimana Mareeya boleh mendapat kelebihan itu. Siapa Luth sebenarnya? Adakah kebenaran akan terus melenyapkan deja vu Mareeya? Atau kelebihan itu akan terus sebati dalam dirinya?