Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
“Setiap manusia menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya” Atas perinsip ini, Inteam Publishing menerbitkan buku ringkas ini untuk membantu muslimin dan muslimat dalam mendapatkan panduan asas dalam beberapa amalan harian seperti yang dicontohkan Baginda Nabi S.A.W. 100 Amalan Doa & Zikir Rasulullah s.a.w adalah kompilasi amalan Nabi Muhammad dalam kehidupan harian Baginda.Dipetik dari hadith-hadith yang terkandung dalam kitab Al-Azkar -keagungan Zikir & Doa Rasulullah s,a,w karangan Imam Nawawi, la menjadi altenatif untuk pembaca agar mudah dibaca, dihafal serta dijadikan amalan harian. Dengan saiz yang kompak mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Meneliti buku 100 Amalan Doa & Zikir Rasulullah s.a.w ini anda akan dapati betapa telitinya Islam memimpin umatnya melalui teladan Junjungan Nabi s.a.w. Contohnya ada zikir khusus ketika meminta hujan, zikir khusus untuk malam pengantin baru,zikir khusus untuk musafir, zikir khusus ketika peperangan, zikir dan doa untuk merawat penyakit dan banyak lagi.