Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
"""lni soal hidup Fahad. Fahad tak suka sesiapa masuk campur dalam hidup Fahad walaupun orang itu keluarga Fahad sendiri. Hidup Fahad biar Fahad sendiri yang uruskan,""- Putera Fahad Putera Fahad nekad untuk tidak mahu menikahi gadis pilihan ayahandanya sehingga membuatkan lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkan segala kemewahan yang dimilikinya. Putera Fahad merantau bersama-sama dengan pembantu peribadinya, Daiyan hingga ke Teratak Azzalea. Di teratak itu, Putera Fahad dan Daiyan memulakan kehidupan yang baharu dengan identiti yang baharu. ""Maaf, cik. Saya datang ni bukan nak mengemis. Saya datang ni nak minta kerja.""- Ipin Kehadiran Putera Fahad dan Daiyan ke leratak itu tidak disenangi. Namun, tidak bagi Azzalea. Azzalea amat menghormati dan melayani Putera Fahad dengan baik sekali sehingga menimbulkan rasa benei dan dengki oleh beberapa pekerja di teratak itu. Azzalea seorang gadis yang cantik tetapi tegas. Keperibadian Azzalea yang indah itu telah membuka pintu hati Putera Fahad yang selama ini tertutup rapat untuk mana-mana gadis. Namun, tanpa pengetahuan Azzalea, Putera Fahad dan lpin adalah lelaki yang sama. Adakah Putera Fahad berjaya menakluki hati keras Azzalea? Adakah Azzalea dapat menerima Putera Fahad setelah mengetahui perkara yang sebenar? Adakah Putera Fahad dan Az•alea ditakdirkan bersama? "