Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Buku Legenda Wali Songo ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Bukti mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah S.A.W dan selepasnya, di mana berlaku penyebaran Islam melalui mata pedang dan kekuatan tentera. Tuduhan palsu dan dusta itu bercanggah dengan fakta dan realiti sebenarnya, bahawa penyebaran Islam lebih banyak berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiyah.