Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Akan munculnya pelangi selepas hujan, akan tewasnya benci selepas mekarnya cinta suci. DHEA HUMAIRA gadis cantik berpewatakan lembut dan tegas di luar namun di dalam hati cukup rapuh sekali. Tetapi sayang, dia sudah tidak punya ibu. Membesar hanya bertemankan seorang bapa yang penyayang menutup segala ketidaksempurnaan hidup. Saat umur menjangkau 17 tahun, dia harus akur untuk mengikat tali pertunangan dengan Aidan Hafeez sepupunya sendiri. Namun, dek kerana coretan hitam papa sendiri, dirinya terkena tempias. Aidan yang baik hati dan sentiasa ada untuknya sudah perlahan-lahan berubah bengis. Kata sayang yang pernah meluncur keluar dari bibir diganti dengan kata cerca dan nista. Aidan sepenuhnya dikuasai benci dan hasutan syaitan bertopengkan manusia. Atas sebab tertentu memaksa Dhea terbang ke Kota London. Beberapa tahun selepasnya mereka bertemu lagi menunai janji dan amanat yang pernah diakui bersama. "Jangan biarkan Dhea kaburi mata kau Aidan. Mak dia perempuan jalang dulu. Kalau mak jalang tentu anak dia pun jalang. Sebab itu dia lahir sebagai anak haram!"-Sarah Amelyn. "Jenis perempuan murahan. Mak dengan anak sama sahaja. "-Aidan Hafeez. "Saya benci awak! "-Dhea Humaira. Bertahun lamanya menghilangkan diri kini sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, fikirnya segala-gala akan menjadi lebih baik. Toleransi, cinta dan kasih sayang dapat dipupuk tapi taman bunga indah yang dia sangkakan rupanya penuh dengan onak duri. Aidan sudah ada pilihan hatinya sendiri. "Kenalkan ini Marsha. Dia kekasih aku dan dia juga madu kau. "-Aidan Hafeez. Hati kecil meraung kesedihan mengharapkan secebis kasih dan cinta sang suami. Dalam melayan kepiluan hati ada pula jejaka dari masa silam hadir menyambung semula tali persahabatan yang terputus di pertengahan jalan. Dalam masa yang sama tidak pernah berputus asa untuk mencapai matlamat utama. "Did you remember the past, Dhea?"-Tengku Rezza. Dhea dalam kebuntuan. Dia juga manusia biasa yang mendambakan cinta dan kasih sayang. Antara Aidan yang tak habis menyakiti hati dan Tengku Rezza yang setia menunggu. Siapa yang harus dia pilih?