Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Prof Kamil ialah seorang insan yang sangat bersungguh-sungguh dalam apa-apa juga yang diusahakan. Beliau merancang dengan teliti dan melaksanakan semua yang dirancang dengan penuh hemah dan sempurna. Biarpun semua maklum bahawa yang sempurna hanya Allah SWT. Profesor Muhd Kamil Ibrahim ialah seorang pejuang kebenaran yang sangat komited dengan kerjanya. Menyelami kisah hidup Prof sedari kecil meyakinkan saya bahawa kebanyakan manusia biasa, jika berkehendak kepada sesuatu, dan diusahakan sehabis-habis baik, keputusan akhirnya pasti seperti yang dikehendakinya. Dalam bahasa mudah, usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Namun matematik dan peraturan Allah tidak begitu. Bantuan daripada langit dan doa yang dimohon oleh mereka yang menyayangi berupaya untuk memberikan hasil yang tidak pernah terjangkau dek akal manusia.