Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Hisyam masih lagi berusaha memujuk ayah angkatnya yang hilang semangat sejak kematian isteri. Dalam pada itu, datang seorang gadis Scotland bernama Sara Ramsay memberikan folio kulit kepada Hisyam. Di dalam folio itu tersimpan senaskhah buku lama dengan judul “The Malay Keris: Anecdotes of a Pahang Malay Matriarch” karangan Edward E. Frey. Hisyam tergamam. Itu buku nadir melebihi 100 tahun. “Kenapa awak berikannya kepada saya?” Hisyam menyoal Sara. “Baca dahulu dan beritahu saya apa pendapat awak. Ambil seberapa lama yang awak perlukan.” “Tapi, ini adalah yang asli.” Hisyam membuat pemerhatian setelah menyelak beberapa muka surat dengan berhati-hati. “Awak berhak baca yang asli.” Sejak pertemuan itu, Hisyam berusaha menelaah buku nadir itu yang menyingkap sejarah terpencil negeri Pahang. Kisah keris lagenda Zaman Bendahara Pahang. Tetapi bagaimana Sara Ramsay boleh memiliki buku itu? Siapakah Edward E. Frey?