Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Buku MALAM ni tentang apa? Tentang menyembuhkan luka. Tentang melepaskan rasa yang terkurung di jiwa dan menyesakkan dada. Tentang memulihkan semangat agar boleh terus beroleh kekuatan melalui ujian dan bersangka baik pada setiap ketentuan. Tentang melatih diri menjadi lebih matang dan lebih baik lagi! Menerusi MALAM, ada 15 bab yang selalu menjadi beban pada jiwa. Penulis mulakan setiap bab dengan 'POV AKU' untuk mewakili dan mengiakan setiap apa yang dirasai oleh pembaca. Kalau tengah marah, ya ... marah sajalah! Kalau tengah bimbang, tengah sedih, tengah stres, ya ... layan saja! Kalau memang itu yang dirasai, tak perlu kita nafi! Nak menangis, menangis saja. Tak perlu nak berpura-pura kuat dan positif setiap masa.