Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Daji ialah seorang bapa tunggal dan hidup bersama anaknya yang baru di tadika bernama Natt. Walaupun Daji nak luangkan lebih banyak masa dengan Natt tapi dia sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Suatu hari di rumah, Daji terdengar perut Natt berkeroncong. Pada mulanya, dia teragak-agak nak masak tapi akhirnya dia sediakan juga untuk Natt. Tak sangka Natt betul-betul suka makanan tu hingga diorang tak sedar telah berborak panjang buat pertama kalinya... Mungkinkah ini peluang Daji untuk lebih dekat dengan Natt? Ketahui kisah hidup ayah dan anak + hidangan penuh lazat karya artis komik Indonesia, Sihanjir!