Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Lahir sebagai anak luar nikah membuatkan Anna tidak dapat menerima dirinya sepenuhnya. Apatah lagi dia sering dicaci dan dihina sehingga terbitnya rasa dendam dalam diri Anna. Lalu, pelan mula dirangka. Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk. Menghadiri majlis ulang tahun ayahanda dan bonda angkatnya, mempertemukan Anna dengan Irfan dan Fathur. Irfan yang baik dan Fathur yang menyakitkan hati. Irfan tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Kalau tak nak jadi mangsa, better back off. - Fathur Then, what if kalau I tukar Irfan dengan you? - Roseanna Tapi orang cakap jangan benci sangat, nanti jatuh cinta. Biarpun hanya berhubung demi kerja melalui e-mel, entah kenapa hati Anna rasa terjentik juga. Lebih-lebih lagi apabila Fathur mula mengorak langkah untuk mendekatinya. I love red, but I don't like flowers. - Roseanna But you're smiling. - Fathur Dapatkah Anna laksanakan pelan untuk membalas dendamnya? Atau terus mencari bahagia yang sebenar?