100th Anniversary Sale
100th Anniversary Sale
0

Jumlah 0produk dalam troli anda. ×

Anda tidak mempunyai item di troli pembelian anda.

Fiction Hot pick
Fiction Hot pick

POPULAR’S DASAR PRIVASI

SYARAT & TERMA

POPULAR BOOK CO. (MALAYSIA) SDN. BHD. yang diperbadankan di Malaysia (secara kolektif, ‘POPULAR’ atau ‘kami’ atau ‘kita’) mengetahui bahawa anda mengambil berat tentang bagaimana maklumat peribadi anda digunakan dan dikongsi. Kami menghargai kepercayaan anda kepada kami dan berkomitmen untuk melindungi maklumat peribadi anda. DASAR PRIVASI ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda melalui laman web kami yang berkongsi Dasar Perlindungan Data Peribadi POPULAR dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 yang boleh berubah dari masa ke masa (yang disebut sebagai "Akta").

KEBENARAN ANDA

Dengan berinteraksi dengan kami, mengemukakan maklumat kepada kami, atau mendaftar untuk mana-mana Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, anda bersetuju dan memberikan kebenaran kepada POPULAR serta wakil-wakil dan/atau ejennya yang berkaitan untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan berkongsi di antara mereka Data Peribadi anda, serta mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa oleh POPULAR dan pihak-pihak ketiga yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi ini melengkapkan tetapi tidak menggantikan sebarang kebenaran lain yang mungkin anda berikan kepada kami sebelum ini berkenaan dengan Data Peribadi anda, dan kebenaran anda di sini adalah tambahan kepada sebarang hak yang mungkin dimiliki oleh kami serta wakil-wakil dan/atau ejen kami di sisi undang-undang untuk mengumpul, menggunakan, atau mendedahkan Data Peribadi anda.

KOMITMEN POPULAR

Kami mengutamakan dan berhasrat kukuh untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda sentiasa dilindungi. Kami akan memastikan segala langkah-langkah dan pengaturan keselamatan yang munasabah diambil untuk mencegah sebarang akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahan, atau pemusnahan Data Peribadi anda yang tidak sah. Jika perlu, kami akan memastikan bahawa setiap orang yang menerima Data Peribadi anda daripada kami telah bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi kami dan akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan pihak tersebut akan mematuhi Dasar Privasi tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh bertanggungjawab kepada anda jika pihak tersebut gagal berbuat demikian.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kami menguruskan, melindungi, dan memproses Data Peribadi anda dengan betul, kami mungkin akan dari semasa ke semasa mengemaskinikan Dasar Privasi ini bagi memastikan dasar ini selaras dengan perkembangan atau perubahan masa depan atau keperluan undang-undang atau peraturan yang berubah. Tertakluk kepada sebarang hak yang mungkin anda ada di sisi undang-undang, anda bersetuju untuk terikat dengan terma terkini Dasar Privasi sebagaimana yang dikemaskini dari semasa ke semasa di laman web kami. Sila pastikan anda melawat laman web kami secara berkala untuk mendapatkan maklumat yang dikemaskini mengenai pengendalian Data Peribadi anda.

1. APAKAH MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi adalah sebarang maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a) Nama
(b) Nombor kad pengenalan / sijil kelahiran / pasport
(c) Maklumat hubungan (termasuk nombor telefon dan alamat e-mel)
(d) Alamat kediaman
(e) Tarikh lahir
(f) Jantina
(g) Kewarganegaraan
(h) Bangsa
(i) Pendapat peribadi daripada maklum balas dan respons kepada tinjauan
(j) Maklumat akaun bank dan pembayaran
(k) Lokasi geografi, data rangkaian, rangkaian komputer, pengenal pasti peranti atau maklumat-maklumat lain

2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

2.1 Secara umumnya, kami mengumpul Data Peribadi dengan cara-cara berikut:-

2.1.1 apabila anda mengemukakan borang permohonan atau borang lain yang berkaitan dengan mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami;

2.1.2 apabila anda berinteraksi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami, sebagai contoh, melalui panggilan telefon, surat, mesyuarat bersemuka, e-mel atau media sosial;

2.1.3 apabila anda menggunakan sesetengah perkhidmatan kami, sebagai contoh, laman web termasuk menubuhkan akaun dalam talian dengan kami;

2.1.4 apabila anda membeli atau mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga melalui kami;

2.1.5 apabila anda meminta agar kami menghubungi anda, disenaraikan di dalam sesuatu emel atau senarai mel lain;

2.1.6 apabila anda membalas mana-mana promosi kami, inisiatif atau sebarang permintaan untuk Data Peribadi tambahan;

2.1.7 apabila anda dihubungi oleh wakil pemasaran kami dan pegawai perkhidmatan pelanggan dan melayan atau membalas mereka;

2.1.8 apabila kami menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga (contohnya, jika anda dirujuk oleh mereka);

2.1.9 apabila kami mencari maklumat dari pihak ketiga tentang anda berkaitan dengan Produk dan/atau Perkhidmatan yang anda mohon; dan

2.1.10 apabila anda mengemukakan Data Peribadi anda kepada kami atas sebab-sebab lain, termasuk apabila anda menyatakan minat anda dalam mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami.

2.2 Anda perlu memastikan semua Data Peribadi yang dihantar kepada kami adalah lengkap, betul, sahih, dan tepat. Kegagalan pihak anda untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan Produk dan Perkhidmatan yang diminta.

3. TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

Perenggan ini menerangkan tujuan-tujuan bagi pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan Data Peribadi anda.

3.1 Secara umumnya, kami mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:-

3.1.1 untuk menjawab pertanyaan dan permintaan anda;

3.1.2 untuk menguruskan operasi pentadbiran dan perniagaan serta mematuhi dasar dan prosedur dalaman;

3.1.3 untuk memudahkan transaksi aset perniagaan (yang boleh melibatkan sebarang penggabungan, akuisisi atau penjualan aset) yang melibatkan mana-mana syarikat;

3.1.4 untuk memadankan mana-mana Data Peribadi yang berkaitan dengan anda bagi tujuan-tujuan yang terkandung dalam Dasar Privasi ini;

3.1.5 untuk menyelesaikan sesuatu aduan dan mengendalikan sesuatu permintaan atau pertanyaan;

3.1.6 untuk mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan menganalisis serta menguruskan risiko-risiko perniagaan;

3.1.7 untuk menyediakan pengumuman media dan respons;

3.1.8 untuk memantau atau merakam panggilan telefon dan interaksi berhadapan pelanggan untuk jaminan kualiti, latihan kakitangan, penilaian prestasi dan tujuan pengesahan identiti;

3.1.9 untuk tujuan undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada mendapatkan nasihat undang-undang dan penyelesaian pertikaian);

3.1.10 untuk menjalankan penyiasatan berkaitan dengan pertikaian, pengebilan, aktiviti haram yang disyaki atau penipuan;

3.1.11 untuk memenuhi atau mematuhi mana-mana peraturan, undang-undang, peraturan, kod amalan atau garis panduan terpakai yang dikeluarkan oleh mana-mana badan undang - undang atau kawal selia yang mengikat kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjawab aduan kawal selia, mendedahkan kepada badan kawal selia dan menjalankan pemeriksaan audit, usaha wajar dan penyiasatan); dan

3.1.12 untuk tujuan yang semunasabahnya berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas dalam Klausa 3.1 ini atau untuk sebarang tujuan lain yang mungkin kami maklumkan kepada anda pada masa mendapatkan persetujuan anda.

3.2 Selain itu, jika anda merupakan pekerja organisasi yang merupakan pelanggan dan/atau pembekal POPULAR dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan, kami boleh mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:-

3.2.1 membuka atau menyambungkan akaun dan membekalkan atau menyediakan anda dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda langgani (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengaktifan perkhidmatan, operasi perkhidmatan, penghantaran perkhidmatan dan pemprosesan pesanan);

3.2.2 memudahkan penyinambungan atau penamatan langganan anda kepada Produk dan Perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pentadbiran perjanjian langganan keahlian, penyelenggaraan akaun, penutupan akaun, pemprosesan pembaruan kontrak dan pengurusan hubungan pelanggan);

3.2.3 memudahkan operasi harian Produk dan Perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengebilan, perkhidmatan pelanggan, pengesahan pelanggan, sokongan teknikal, penyelenggaraan rangkaian dan penyelesaian masalah);

3.2.4 memudahkan perkhidmatan pihak ketiga jika perkhidmatan tersebut dibeli, diperolehi, diuruskan atau diproses melalui kami;

3.2.5 mengurus dan melaksanakan perjanjian perkhidmatan kami (atau Jaminan Perkhidmatan Pelanggan) dengan anda jika ada;

3.2.6 pemprosesan arahan pembayaran, GIRO, kemudahan debit langsung dan/atau kemudahan kredit yang diminta oleh anda, jika berkenaan;

3.2.7 penguatkuasaan tanggungjawab pembayaran semula (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengutipan hutang, pengemukaan tuntutan dan pemulihan kerugian yang dialami oleh rakan perkhidmatan kami);

3.2.8 pentadbiran dan pemprosesan sebarang tuntutan insurans dan bayaran yang timbul di bawah polisi yang berkaitan;

3.2.9 pengurusan risiko kredit dan risiko dalaman (termasuk tetapi tidak terhad kepada melakukan semakan kredit dan pendedahan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang);

3.2.10 penghasilan laporan dalaman (termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan tahunan, operasi dan pengurusan);

3.2.11 pemprosesan bayaran rujukan dan yuran komisen kepada rakan perniagaan luar kami;

3.2.12 berkongsi maklumat dengan Rakan Strategik kami ("Rakan Strategik" adalah organisasi yang berkongsi hubungan perniagaan rapat dengan kami) dalam bidang seperti kerjasama pemasaran;

3.2.13 pentadbiran bayaran yuran termasuk pemindaaan, pengembalian dan pengecualian bayaran;

3.2.14 memberitahu anda tentang hak anda di bawah mana-mana program kesetiaan dan ganjaran dengan kami;

3.2.15 menganalisis penggunaan Produk dan Perkhidmatan oleh anda untuk membantu kami memperbaiki, meninjau, mengembangkan dan menguruskan dengan cekap Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda; dan

3.2.16 tujuan yang semunasabahnya berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas dalam Klausa 3.2 ini atau untuk sebarang tujuan lain yang mungkin kami maklumkan kepada anda pada masa mendapatkan persetujuan anda.

4. CARA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi anda disimpan dalam pangkalan data kami. Kami berkomitmen untuk menyediakan tahap keselamatan dan kawalan yang tinggi untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Memastikan maklumat peribadi anda selamat adalah sangat penting bagi kami. Maklumat peribadi anda disimpan selagi tujuan pengumpulan wujud dan sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang. Anda boleh mengakses dan membuat pindaan kepada maklumat peribadi anda dengan log masuk ke akaun peribadi anda di laman web kami. Adalah penting untuk menjaga kata laluan anda agar tidak boleh diakses tanpa kebenaran. Sebagai alternatif, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda dengan menelefon, menulis, dan menghantar e-mel kepada kami menggunakan pilihan yang disediakan di bawah.

Anda memahami bahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar melalui laman web, perkhidmatan dalam talian dan aplikasi kami; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Selain itu, kami tidak boleh mengambil tanggungjawab untuk sebarang penggunaan Data Peribadi anda oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan yang diakibatkan sepenuhnya kepada faktor-faktor di luar kawalan kami.

5. MAKLUMAT YANG DIPEROLEH MENGGUNAKAN “COOKIES”

Seperti banyak laman web lain, kami menggunakan "cookies", iaitu fail yang disimpan di komputer atau peranti mudah alih anda oleh pelayar web anda semasa melayari popularonline.com.my. Kami menggunakan cookies untuk membolehkan anda: menavigasi di antara halaman laman web ini dengan cekap; mengingati pilihan anda; dan membantu kami mengenali anda dan secara umumnya menambah baik pengalaman anda apabila melayari laman-laman web kami.

Anda mungkin dapat mengurus dan memadam cookies melalui “browser” atau peranti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melakukannya, sila lihat butir-butir berkenaan “browser” atau peranti anda.

6. PEMBATALAN KEIZINAN, AKSES, PINDAAN ATAU PENGHAPUSAN DATA PERIBADI ANDA

6.1 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses kepada, meminta pindaan atau pemadaman Data Peribadi anda (tertakluk kepada pembayaran yuran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan yang mungkin terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi:

Popular Malaysia Khidmat Pelanggan Talian Pertanyaan: 1 300 88 6336

Popular Malaysia Khidmat Pelanggan E-mel: [email protected]

Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan Talian Pertanyaan: 03-8961 0048/03-8961 0131/ 03-8964 1618

Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan E-mel:[email protected]

Alamat: No. 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman Web Keahlian:

www.popular.com.my/popularcard.php / www.popularonline.com.my/popular-member.html

Klik pada 'MY ACCOUNT', pergi ke tab “Account information” dan ikuti arahan:

www.popularonline.com.my/default/customer/account/edit/

Anda juga boleh menghubungi kami melalui butiran di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami.

Kami akan memproses permintaan sedemikian dalam masa yang munasabah. Data Peribadi anda tidak akan dikumpul, digunakan atau didedahkan, kecuali untuk pematuhan, peraturan atau tujuan undang-undang lain.

Sila ambil perhatian bahawa kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.


6.2 Harap maklum bahawa setelah kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk bahan-bahan pemasaran atau komunikasi promosi, kami mungkin mengambil masa sehingga tiga puluh (30) hari bekerja bagi penarikan anda itu untuk dipaparkan dalam sistem kami. Pada masa yang sama, anda mungkin masih menerima bahan-bahan pemasaran atau komunikasi promosi daripada kami. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi, kami masih boleh menghubungi anda untuk tujuan lain yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda pegang atau telah melanggan dengan kami.


6.3 Sila ambil perhatian bahawa jika Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami oleh pihak ketiga (contoh perujuk), anda harus menghubungi organisasi atau individu tersebut untuk membuat pertanyaan, aduan, dan permintaan akses dan pembetulan kepada kami bagi pihak anda.


6.4 Jika anda menarik balik persetujuan anda terhadap sebarang atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung kepada permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan Produk dan Perkhidmatan kepada anda atau mentadbir sebarang hubungan kontrak yang sedia ada, yang mungkin mengakibatkan penamatan sebarang perjanjian yang anda miliki dengan kami dan menyebabkan anda melanggar kewajipan atau janji kontrak anda. Hak dan remedi undang-undang POPULAR dalam keadaan demikian adalah dengan jelas terpelihara.


6.5 Kami boleh menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan di mana ia dikumpulkan atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.


7. “LINK” LUAR DAN PLUG-IN SOSIAL

Laman web kami, termasuk mana-mana laman web, produk, perkhidmatan atau aplikasi mudah alih yang dioperasikan oleh kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke laman web luar. Kami mengesyorkan agar anda membaca dasar privasi laman web luar ini, kerana kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi, kandungan, atau keselamatan laman web pihak ketiga yang dikaitkan dengan laman web kami.

Laman web kami mungkin menggunakan plugin sosial dari pihak pembekal berkenaan yang biasanya merekodkan data tentang anda dan memindahkan data itu ke “server” pembekal tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai skop, jenis, dan tujuan pemprosesan data serta hak dan pilihan untuk melindungi privasi anda dalam notis perlindungan data pembekal tersebut. Ini boleh diakses melalui laman web mereka masing-masing.

8. MAKLUMAT HUBUNGAN

8.1 POPULAR BOOK @ DESA TUN RAZAK

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan/perbezaan/pertanyaan, atau anda boleh pada bila-bila masa seterusnya meminta akses kepada, atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, sebagaimana yang berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan yang mungkin terkandung di bawah undang-undang yang berkenaan. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi:

Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan Talian Pertanyaan: 03-8961 0048/03-8961 0131/ 03-8964 1618

Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan E-mel: [email protected]

Alamat: No. 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman web keahlian: www.popular.com.my/popularcard.php / www.popularonline.com.my/popular-member.html

Klik pada 'MY ACCOUNT', pergi ke tab 'Account Information” dan ikuti arahan: www.popularonline.com.my/default/customer/account/edit/

Sila ambil perhatian bahawa kami berhak menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

9. PENGEMASKINI DASAR PRIVASI POPULAR

Kami boleh meminda/menyelaraskan/menyemak semula dasar privasi ini dari semasa ke semasa dan meletakkannya di laman web kami. Kami menasihatkan anda menyemak dasar ini secara berkala.

DALAM KEADAAN PERBEZAAN ATAU KETIDAKSELARASAN ANTARA VERSI BAHASA INGGERIS DAN VERSI BAHASA MALAYSIA DASAR PRIVASI INI, VERSI BAHASA INGGERIS AKAN DIGUNA PAKAI.

Dikemaskini pada April 2024

Back to Top