Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Aisha Afnan, sangat teruja untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Namun atas permintaan mummy, Aisha setuju untuk bertemu Irfan di sebuah kafe. Pertemuan itu menemukan dia dengan Thaqif. “Excuse me, aku nak lalu ni. Kalau ya pun nak termenung, balik rumahlah.” ~ Thaqif Tinggi lampai, rambut panjang melebihi paras bahu, menutupi keseluruhan dahi dan sebelah matanya. Jeans jangan cakaplah, koyak di bahagian lutut sehingga menampakkan kedua-dua belah lututnya itu. Alahai, mamat ni dah macam rocker. Hipster sangatlah tu? “Kau ada ke kawan yang cantik?” ~ Thaqif “Cantik tu subjektif. Depends pada pandangan seseorang. Bagi aku, semua orang cantik termasuklah kawan-kawan aku.” ~ Aisha “Oh, a’ah, betullah tu. Cantik tu subjektif. Dan bagi pendapat aku, kawan-kawan kau semua biasa-biasa saja. Apatah lagi kau.” ~ Thaqif Ya, memang menyakitkan hati apabila bersama Thaqif. Mujurlah ada encik kekasih pengubat jiwa. Namun suratan takdir telah menentukan, pautan kasih terlerai. Aisha membawa diri ke luar negara. Tetapi dalam diam, si jejaka dingin lagi serabut menyimpan sebuah rasa di jiwa. Dalam cinta tersirat sebuah duka. Adik angkat Thaqif melamarnya sebagai suami! Pernah dikecewakan oleh kekasih pertama, kini cinta kedua pula bakal menjadi hak milik kekal insan lain. Adakah cinta bukan miliknya? Adakah dia akan terus bersendirian dalam kegelapan, hanya bertemankan cahaya bulan? Masih adakah lagi jejaka yang sudi menjadi moonlight dalam hidupnya?