Maklumat Produk
Description
MAKLUMAT PRODUK
Bulan Ramadan adalah bulan yang amat istimewa sekali untuk seluruh umat Islam. Ia juga dikenali sebagai bulan yang penuh keberkatan, keinsafan dan keampunan. Di dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar. Malah keistimewaan malam itu juga telah disebutkan di dalam Al-Quran. Bulan Ramadan juga telah menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah besar yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam terdahulu, yang memberikan impak besar kepada sejarah ketamadunan dan wajah dunia. Malah tidak mustahil juga peristiwa besar akan berlaku kepada setiap individu itu sendiri. Ini adalah kerana bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan kemuliaannya.