商品资料:
Description
内容简介
Seawal umur 20 tahun,Syafawati Qaisara dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali dan tidak dicintai. Namun, pada saat-saat akhir sebelum diijabkabulkan, dia berjaya memujuk lelaki itu untuk menukarkan majlis pernikahan kepada majlis pertunangan. Tetapi lelaki itu setuju dengan bersyarat. Dia tak boleh jatuh cinta dengan sesiapa. Walaupun merasa terjerat, Syafawati Qaisara terpaksa bersetuju dengan syarat Nazim.Tunangnya. Dengan ikatan yang dirasakan cukup terbeban, dia melangkah ke menara gading. Kemunculan Azim Harraz yang digelarnya mamat gila bersama semangkuk sup panas mencipta debar dalam hatinya. Dia semakin bingung apabila lelaki itu mengaku jatuh cinta pada pertemuan pertama mereka. Dia sehabis daya cuba mengelak. Puas dicemuh, dicaci, lelaki itu tetap datang. Walaupun dia mengelak dengan seribu alasan. Akhirnya, dia terpaksa membuat pengakuan palsu yang dirinya merupakan isteri orang. Setahun berlalu, mereka diuji lagi dengan sebuah pertemuan. Kerana cinta, mamat gila itu kembali mengejar dirinya. Dia tidak mahu ambil kisah dengan status Syafawati Qaisara. Takdir ilahi, setelah lima tahun terikat dengan pertunangan, ikatan tu terlerai kerana satu peristiwa yang langsung tidak mereka duga. Namun, rahsia putus tunang itu disimpan oleh Syafawati Qaisara tanpa diketahui oleh sesiapa. Hanya dalam pengatahuan keluarga terdekat. Saat dia mula mengaku dan mula membalas cinta Azim Harraz, muncul pula Farhan Ifkal iaitu mamat masjid yang banyak menceriakan hari-hari dalam hidupnya. Kemunculan itu pula bersama restu Umi Syafawati Qaisara yang memang selalu suka mengaturkan apa sahaja keputusan bagi pihaknya. Mereka akan bertunang. Itu keputusan Umi Syafawati Qaisara. Dia perlu memilih antara Azim Harraz, lelaki yang dicintai atau Farhan Ifkal, lelaki yang direstui. Kerana takut kehilangan, Azim Harraz menuduh Syafawati Qaisara tidak pernah berjuang dalam hubungan mereka. Sekali lagi mereka diduga apabila Syafawati Qaisara kemalangan dan koma. Dalam komanya, dia menemui jalan yang seharusnya dia pilih. Akhirnya dia memilih lelaki yang hatinya mahukan. Azim Harraz. Farhan Ifkal tewas dengan kewarasan akal sendiri apabila melihat ibu yang mengandungkan dirinya selama sembilan bulan sepuluh hari dibunuh oleh abang kandung sendiri di depan matanya. Dengan tindakan nekad, dia turut menjatuhkan hukuman yang sama kepada abangnya. Bunuh. Undang-undang telah menyalahkan dirinya kerana tindakan yang dibuat. Farhan Ifkal menerima hukuman gantung. Sepanjang dalam penjara, dia memujuk diri bahawa mencintai tidak semestinya memiliki. Dengan berbekalkan hala tuju redha, dia banyak menemui ketenangan. Sehingga dia bertaubat sungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah. Diulit rasa bersalah terhadap Farhan Ifkal, Syafawati Qaisara seringkali kalah dengan perasaan. Dia ingin membantu, tapi dayanya tiada. Saat yang paling hebat dia diuji apabila Farhan Ifkal langsung tidak mahu berjumpa dengannya sehinggalah lelaki itu menerima hukuman gantung. Banyak peristiwa yang membuatkan Azim Harraz dan Syafawati Qaisara membekaskan hati mereka dengan keinsafan. Kerana kasih sayang Allah, mereka redha dan disatukan dengan ikatan perkahwinan. Penghujungnya, mereka menemui bahagia dan hikmah di sebalik apa yang telah Allah aturkan.