商品资料:
Description
内容简介
Pertama: Seorang MUALLAF yang berkongsi cerita mengenai kesusahan hidupnya mencari hidayah Allah SWT. Kedua: Seorang pemuda yang menceritakan mengenai perbuatan khurafat yang berlaku dalam keluarganya sendiri. Menghancurkan silaturrahim keluarga yang terjalin dan merosakkan hubungan baik sesama sendiri. Penulis mengambil langkah untuk mengolah jalan cerita dan diselitkan dengan plot yang dicipta sendiri, penuh dengan sindiran dan pengajaran kepada pembaca. Menurut penulis, beliau terpaksa mengubah sedikit jalan cerita asal kerana terdapat perkara² sensitif yang tidak boleh diceritakan kepada umum. Sinopsis penuh : “Jangan mudah percaya dengan orang yang nampak baik di depan mata. Mungkin mereka inilah musuh kita dalam senyap.” Pesanan daripada seorang lelaki tua kepada Juan Ery Leo itu benar-benar menghantui fikirannya. Siapakah yang dia maksudkan? Pemuda Cina yang tekad melafazkan syahadah dan berkahwin dengan Adeena Zahra itu sering dihimpit dengan perkara aneh dalam keluarganya. Megat Azfar hilang membawa diri selepas cintanya tidak kesampaian bersama Adeena. Mak Kalsom pula terpaksa menyimpan sebuah rahsia besar arwah suaminya kerana ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Pusara di belakang rumah Mak Kalsom, digali seseorang. Apakah motifnya? Ustaz Ridwan pula secara tiba-tiba tidak munculkan diri di masjid dan di rumah berbulan lamanya. Buntu Ery dan Adeena mencari jawapan kepada setiap perkara misteri yang berlaku. Gangguan di rumah, hampir setiap hari ia menjelma aneh. Sepotong kaki yang berlumuran darah, berulat dan berbau busuk bercampur hanyir dihantar seseorang. Pembunuhan kejam seorang lelaki tua di tapak kawasan pembinaan, merobek fikiran mencari puncanya. Kemalangan jalan raya di luar kawalan, membuatkan nyawa papa Ery hilang begitu sahaja. Siapakah sebenarnya dalang yang melakukan semua ini? Akhirnya terjawab. Rupa-rupanya…