商品资料:
Description
内容简介
Bahagia itu satu pilihan, mencintaimu itu satu keindahan... Hidup Alif Furqan sentiasa dikelilingi kaum wanita. Namun, dia bukan pencinta wanita atau si kasanova. Setianya pada cinta sehingga dia nekad tidak mahu memandang wanita lain. Namun, pemergian kekasih hati, telah membawa perkenalan Alif Furqan dengan Wilda Safiyyah. Mujahadah yang menghiasi laman hati gadis itu penuh santun dan tawa. Bagaimanapun, cinta yang terbina antara mereka tidak kekal lama. Wilda dijemput sang Ilahi dalam keadaan yang sangat melukakan Furqan. Dia nekad, cinta matinya hanya buat isteri tercinta. Cukuplah. Entah bagaimana, keserasian yang tercipta antara Wilda Najihah dengan Humairah, janda anak satu meruntun hati seorang ayah Alif Furqan. Ya, Wilda Junior memerlukan seorang ibu di sisi. Bayi yang masih merah itu tidak bersalah. Oleh itu, Furqan perlu merendahkan egonya dengan Humairah, ibu susuan Najihah. Satu kontrak susuan anaknya bersama Humairah sanggup dirangka. Matlamatnya hanya satu. Tiada apa yang menghalang anaknya, Wilda Najihah menyusu dengan Humairah. “Ini perjanjian antara kami. Jika terdapat mana-mana klausa dilanggar, secara automatik Humairah tidak boleh lagi menyusukan Najihah.” – Furqan Hari berganti hari, bulan berganti bulan... “Saya rasa kita dicekup orang pejabat agama.” – Furqan Humairah terjelepok. Lututnya menggeletar. “Dah saya nyatakan dalam perjanjian kita yang tugas awak hanya susukan anak saya. Sekarang anak saya tak ada, tapi kenapa awak ada depan mata saya?” – Furqan Ternyata, menjadi isteri segera lelaki itu tidak semudah A-B-C. Ada sahaja perangai kereknya. Hanya sabar yang dapat dijadikan pendinding rasa hati yang semakin kecewa dek kelakuan Furqan. Selagi ada sisa sabarnya, selagi itu Humairah akan bertahan dengan segala layanan lelaki itu kepadanya. Menjanda kali dua bukan mahunya! Masih adakah bahagia tersisa milik mereka?