商品资料:
Description
内容简介
Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh wanita,tetapi ia juga berlaku kepada seluruh keluarga itu sendiri sama ada isteri mahupun suami itu sendiri. Seorang wanita yang hamil akan mendapati terdapat perubahan bukan hanya pada fizikalnya sahaja bahkan perasaan dan emosinya. Dengan perubahan itu,ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang mudah bagi mereka. Mereka akan mudah merasa kecewa,sensitif dan mudah menangis kerana perubahan-perubahan hormone yang berlaku dalam tubuhnya. Semua perubahan yang dialaminya itu adalah sesuatu yang normal. Penjagaan dan didikan anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu bapa tidak terhenti setakat itu sahaja, malah tugas memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik juga terletak pada ibu bapa. Selain itu, banyak lagi tanggungjawab dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak yang dilahirkan agar dapat dibentuk generasi yang indah akhlak dan berkeperibadian mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan.