商品资料:
Description
内容简介
Ishq – pertemuan kita bukan kebetulan. Walau aku di dunia lain, namun jiwaku sudah menyatu di dalam darahmu. Cintaku untukmu sudah menyatu, Ellina. Aku adalah bahagiamu. Kau adalah bahagiaku. Ellina - Ishq, kedatanganmu bagaikan misteri. Kehilanganmu juga suatu misteri. Aku begitu terluka saat kau pergi meninggalkan aku sendiri. Kau umpama merentap separuh dari jiwaku pergi. Iskandar - sampai mati kaulah nyawaku, Ellina. Pernikahan kita ialah buktinya. Aku tahu kau cintakan aku. Namun pandanganmu kosong bagai kau kehilangan sesuatu di jiwa. Edrus- aku berdosa kepadamu, Ellina. Aku telah mengkhianati cinta kita. Aku terpedaya dengan gadis jelita yang telah membuatkan jiwa lelakiku goyah. Maafkan aku, Elina. Kehilanganmu membuatkan aku seperti nak gila.