商品资料:
Description
内容简介
Muhammad Azim, seorang anak yang telah disisihkan oleh ayahnya sejak kecil tanpa sebarang alasan yang jelas. Namun, surat-surat lama dari England pada tahun 1881 yang ditinggalkan ayahnya telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam dirinya. Sedang hidupnya dibelenggu rasa ingin tahu yang begitu mendalam, Haji Mus’ab telah mengajaknya untuk ke kota London bagi memenuhi jemputan daripada Royal Academy of Arts, London. Namun, itu bukanlah tujuan utamanya. Kedatangan mereka berdua ke kota London adalah untuk merungkai jawapan yang ada pada Treasa Munro, wanita yang mempunyai surat-surat balas terhadap surat-surat yang disimpan oleh Muhammad Azim. Setelah pemergiannya ke kota London, dapatkah Muhammad Azim menemukan jawapan melalui surat-surat lama tersebut? Ayuh ketahui kisah penuh Muhammad Azim!