商品资料:
Description
内容简介
Kesemua agama yang mempunyai aktiviti ritual adalah direka-reka dan diada-adakan oleh musuh-musuh Allah. Tujuan Tuhan mengutus pembawa-pembawa utusan-Nya (rasul-rasul-Nya) bukanlah untuk mewujudkan apa-apa agama tetapi mereka menyampaikan satu 'deen' atau satu 'cara hidup' yang direstui oleh Allah SWT. Tanggungjawab manusia ialah untuk merestui atau menerima ajaran-ajaran-Nya dengan mempercayai segala yang termaktub dalam Kitab-Nya tanpa mencampuradukkannya dengan mana-mana ajaran yang diada-adakan oleh manusia lain. Apa yang terjadi, penjaja-penjaja agama yang menjadi musuh-musuh Allah telah membelenggu minda pengikut -pengikut mereka dengan kepercayaan untuk mengidolakan rasul-rasul pilihan mereka dengan nama-nama agama yang direka-reka oleh penjaja-penjaja agama masing-masing.