Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Allahu Akbar. Teruja saya baca manuskrip buku ini. Sarat dengan cerita dan panduan tentang ilmu-ilmu kekeluargaan. Disampaikan dengan lenggok bahasa yang santai dan bersahaja. Mudah faham dan hadam. Sungguh. Hubungan antara menantu dan mentua sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita sama-sama dapat memahami lubuk situasinya. Menantu Hipster - naskhah yang perlu dimiliki oleh semua pasangan yang berumah tangga dan yang bakal mendirikan ruma htangga. Tahniah Pak Utih! Saya suka buku ini. Serius!
Beliau merupakan aktivis kemanusiaan sejak 1992 dengan menjadi YDP Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Perlis yang terlibat aktif dalam program kemasyarakatan di sana, bersama Aqsa Syarif (MyCARE) (2011-2015) memberi bantuan kemanusiaan ke Lubnan dan Gaza, ahli Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli IKRAM dan sekarang melalui Success Together Consulting mengendalikan ceramah dan bengkel memahamkan masyarakat perbezaan keperluan dan kehendak lelaki serta wanita untuk bahagia di rumah dan juga di tempat kerja. Beliau juga menganjurkan banyak kursus pengurusan seperti pengurusan gender, masa, stres, komunikasi berkesan, penyeliaan berkesan, pengurusan majlis dan bina pasukan untuk kakitangan kerajaan dan swasta di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Pengalaman beliau sebagai Guru Pertanian Institut Pertanian Kuala Lipis (1978-80), Pensyarah ITM Arau (1990-98), Pengurus ITTAR Alor Star (1998-2000) dan CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah Singapura (2004-2007), telah banyak membantunya mencipta modul-modul kursus yang berkaitan dengan pengurusan perhubungan suami isteri. Semasa melanjutkan pelajarannya di UK, 1994, beliau banyak mengendalikan ceramah membicarakan isu keharmonian suami isteri melalui Unit Kaunseling Islah UK dan Majlis Syura Muslimun kepada masyarakat Melayu di sana. Sekembali ke tanah air, beliau mendapat tauliah daripada JAKIM mengendalikan modul komunikasi dan pengurusan konflik rumah tangga bagi peserta Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Beliau pernah ke udara setiap pagi Isnin dan Selasa di dalam segmen Rangsang Minda terbitan RTM Pulau Pinang (1996-1998) dan di RTM Johor Bharu (2000) setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad yang membicarakan isu-isu komunikasi suami isteri serta setiap petang Selasa di dalam segmen Cakap Tuan Puan di Radio Warna Singapura (2005-2006). Selain itu, beliau juga pernah menjadi kolumnis bagi Majalah ANIS, Demi Cinta dan JOM. Sekarang dengan ilmu yang diperolehi di Gurian Institute (Learning through a Gender Lens), Colorado (2012), selain dijemput mengendalikan ceramah dan kursus untuk guru-guru dengan tajuk Boys and Girls Learn Differently, beliau banyak mengendalikan kursus pasca perkahwinan suami isteri yang dinamakan Mahligai Sakinah untuk ahli-ahli IKRAM dalam dan luar negara, Mahligai Kasih untuk semua kakitangan MARA 2015-2016 dan Suami Hensem Isteri Ohsem untuk Jabatan-jabatan kerajaan di seluruh Malaysia