Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Tolong Yusuf sedarkan dia. Dia kena tahu yang dia takkan jumpa lelaki yang lagi baik daripada Yusuf –Daiyan Yusuf Kalau kata nanti awak berjaya sedarkan dia dan dia pun sedar yang awak ni pilihan paling baik pernah dia ada, akak macam mana? –Deena Adelina Lantaran patah hati saat pinangannya ditolak Melina, Yusuf nekad untuk menyedarkan gadis itu semula bahawa dia adalah pilihan terbaik. Deena yang muncul saat dia perlukan ‘bantuan’ membuka jalan untuk Yusuf realisasikan rencananya itu. Bagi Yusuf, jika Deena dapat merasakan sesuatu maksudnya dia masih pandai menjaga hati seorang wanita. Di pihak Deena pula, Yusuf mengingatkan dia kepada seseorang. Cinta pertama yang tak terungkapkan gara-gara tiada keberanian. Dia mahu kenal Yusuf dengan lebih dekat, tanpa menaruh sebarang harapan untuk jatuh hati. Mereka perlu sama-sama profesional. Deena hanya membantu Yusuf, titik! Seminggu yang ada berkemungkinan merubah segalanya. Namun semuanya bukan mudah buat Yusuf dan Deena. Perbezaan usia selama lapan tahun mungkin bukan isu besar bagi mereka. Tetapi bagaimana pula jika kepercayaan salah seorang daripada mereka telah tergores? Namun Yusuf nekad, hatinya hanya untuk Deena seorang. Tak kira ke mana Deena pergi, Yusuf pasti akan tetap mencari hingga ketemu. Kerana jejaka itu cukup yakin pada hakikat; Andainya hati kita saling mencari, satu hari nanti pasti kau dan aku akan bertemu juga.