Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Menjadi anak angkat membuatkan kehadiran Leif tidak disenangi oleh Alana. Namun, jangka masa 10 tahun sudah cukup memberi 1001 rasa dalam diri gadis itu. “I love you, Lana.” - Leif Namun, mereka terpisah selepas kejadian di hutan larangan. Alana nekad mahu mencari Leif dan keluarganya yang turut hilang semasa pencarian Leif. Pertemuan dengan Lucas telah mengubah perjalanan hidup seorang Alana. Hubungan mereka seperti bermain tarik tali. “Alana satu-satunya kawan perempuan yang saya ada. Boleh saya bawa dia sebagai pasangan saya?” - Lucas “Aku rasa kita dah jauh dari rumah. Sudah-sudahlah kalau nak berlakon pun.” - Alana “Siapa kata aku berlakon?” - Lucas Selepas satu kejadian di sebuah hutan, Lucas terus menghilangkan diri. Alana meneruskan niatnya masuk ke istana yang bukan saja menemukan dia dengan Leif, tetapi dengan Lucas juga. “Macam manalah muka Putera Mahkota kita tu? Mesti kacak, kan?” - Alana “Jadi, kau tertarik dengan Putera Mahkota kami?” - Lucas Lebih mengejutkan, Alana berjumpa dengan kembarnya yang disangka sudah mati. Malah dia juga bakal permaisuri Leif. Persaingan merebut hati pun bermula. “Tak mungkin aku tinggalkan kau sendirian, Alana.” - Lucas “Aku tidak boleh tidak mencintainya.” - Leif Antara Leif dan Lucas, siapa pilihan Alana? Siapa Leif dan Lucas sebenar-benarnya? Bagaimana pula dengan konflik perebutan takhta yang melibatkan semua nyawa mereka dan rakyat?