Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
LET'S GO menzahirkan realiti percutian yang lebih luas dan bermakna. Bukan saja pada mengeratkan hubungan. tapi juga pada menghargai segenap pelusuk bumi Tuhan! Lebih buat saya teruja. penulis turut menunjukkan kepada kita betapa percutian juga boleh dinikmati walaupun di lokasi yang terletak beberapa kilometer saja dari rumah, dengan kos yang sangat murah. Malah, kita juga diajar cara untuk bercuti walaupun hanya duduk di atas kerusi, di rumah sendiri! Masya- Allah, bahagianya membaca buku ini! LET'S GO bukanlah sekadar travelog sebuah pengembaraan seorang Cikgu Tourism, malah menjadi manual pengembaraan buat sesiapa yang mahu keluar melihat alam dan bumi Tuhan. Tak semestinya pergi jauh berhari-hari, di sekitar negeri tempat mastautin kita juga pastinya masih banyak tempat yang belum kita pernah jejaki. Bacalah naskhah istimewa ini. Pastinya kalian akan turut tidak sabar mahu memulakan pengembaraan kalian.