Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Hidup Soraya sebelum bertemu Gibran sangat normal walaupun dia sering dipulaukan oleh rakan-rakan kolejnya. Setakat dipanggil dengan gelaran yang bukan-bukan, telinganya sudah lali. Namun, hidupnya yang normal berubah huru-hara setelah satu demi satu benda pelik terjadi ke atas dirinya setelah dia terbangun daripada tidurnya pada satu pagi. Rakan sebilik yang tidak pernah sebulu dengannya, menjadi mesra. Kedudukan barang di dalam biliknya tiba-tiba berubah. Paling menakutkan, di ‘dunia’ itu namanya bukan Soraya. “Aku memang bukan Dina. Aku Anid, roommate kau. Kau tak ingat ke? Nama kau memang Ayaros, Ros for short!” - Anid Hanya Gibran satu-satunya manusia yang Soraya kenal di tempat asing itu. Tempat yang bernama Aisyalam. “Kita bukan di Malaysia. Kita di Aisyalam. Aisyalam reads backwards is Malaysia.” - Gibran Soraya dan Gibran yakin semua ini ada kaitan dengan perempuan berkebaya hitam yang mereka lihat pada malam itu, di sebuah rumah tinggal di Malaysia. “Dia bukan setakat sebut tolong, but something like, err...” - Soraya “Tolong cari aku.” - Gibran