Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun dia tetap nekad untuk mendapatkan Iskandar meskipun dia terpaksa menggunakan cara kotor. Kemunculan Irman Nadeem setelah lama menghilang, telah menghuru-harakan hidup Elisa. Setiap rancangannya pasti akan gagal kerana ulah lelaki itu. “I tak perlukan kelayakan daripada you untuk berkahwin dengan Abang Is.” - Elisa “You tu cuma perempuan yang tak ada maruah.” - Irman Malangnya perangkap Elisa telah memakan diri sendiri. Dia terjerat masuk dan terpaksa berkahwin dengan Irman. “Sanggup pula you nak kahwin dengan perempuan tak ada maruah macam I ni.” - Elisa. “Sanggup atau tidak, I perlu bersihkan nama keluarga kita.” - Irman “I tak setuju dan tak akan pernah setuju!” - Elisa “You tak ada pilihan, Lisa.” - Irman Selepas berkahwin, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Sehinggalah kemunculan Airina Jasmine yang telah membuatkan Elisa memilih untuk melindungi ‘haknya’. “Walaupun perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta, I tetap takkan lepaskan you.” - Elisa “Sekarang ni... you tak nak bercerai sebab you tak sukakan Rina?” - Irman Sikap Elisa yang selalu tidak tetap pendirian dan Airina yang masih mahu menagih cintanya, membuatkan Irman terus berada dalam dilema. Mampukah Elisa menemui kebahagiaan bersama Irman? Atau benarkah kebahagiaan tak semestinya memiliki?