Popular
Popular
0

There are 0 item(s) in your cart. ×

You have no items in your shopping cart.

' Janji 'Found 191 Related Products
By Kay Omena
Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebenar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah kehilangan orang tuanya. “Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!”- Syahiran Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu. “Beri Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By FYDA ADIM
"Sekeping hatiku terluka bagai dihiris-hiris belati tajam. Mahu melupakan seketika keperitan yang sedang menghantui diriku. Semakin aku tahan, semakin aku sakit. – HUSNA Dia seorang gadis yang terikat dengan puzzle yang dicipta oleh Daniel. Sekuat apa pun dirinya menolak Daniel, tetap saja lelaki itu mengejarnya sampai dia tersungkur jatuh dan cinta. Daniel pandai bermain kata. Daniel bijak membuka jiwanya. Namun, satu peristiwa berlaku membuatkan Husna dingin dan taw Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By QHAYRA QHAYRIESA
“Dia lelaki yang tak guna.. Dia rampas kau daripada aku. Depan mata aku, dia bunuh kau. Dia memang manusia tak berhati perut. Tengku Zaff memang lelaki durjana!” – ADANIA Kesilapan membawa padah… menghancurkan segala naluri yang ada. Adania terlalu bencikan Tengku Zaff. Kehilangan abang kembar pada keadaan yang tak dijangka mematikan jiwanya pada setiap pesona lelaki itu. Adania sendiri telah lama disogok kegiatan gelap Tengku Zaff yang selama ini tidak kelihata Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 26.10 (-10%)

By ZANY EZATIE
"Empat tahun Ziyadh Al-Fateh membawa diri ke Kota London oleh sebab dihalau oleh papanya, Datuk Umar. Namun, semenjak menjejak kaki kembali ke Malaysia, bayangan semalam seakan kembali mengejarnya. “Aku nak kau cari dalang yang mula sebarkan video dan gambar-gambar ni.” - Ziyadh Al-Fateh “Akui kesalahan yang saya tak buat? Tak! Saya takkan ikut awak. - Dian Ariana Terpaksa dan dipaksa, kedua-dua pengkhianat dan yang dikhianati punya alasan tersendiri untuk terus Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Nana Amera
Kenapa mengaku diri kuat, sedangkan air mata sendiri pun kau tak mampu kesat... Adakah ini balasan untuknya kerana sesuka hati melantik diri sebagai malaikat maut ciptaannya sendiri? Anna Evelyn tanpa sengaja menjerumuskan diri ke lembah neraka bersama Ash Diego. Walaupun dia beranggapan kasih seorang durjana itu wujud, namun itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari jatuh cinta. Neraka yang dicipta si durjana menjadi syurga buatnya. Kekeliruan menyelubungi Evelyn sepanjang Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Aein Dhiyauddin
“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman “Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jik Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Dr Ainul Arina
Meskisudahberkali-kali melaluiproses kehamilan(BukuPink di tanganandapun sudahsiriketiga!) pengalamanberikutnyatidakmenjanjikansituasiyang sama. Adakalanya, iatakterjangkaudekakal. Ada bayiyang diazankandengantakbirraya, adakelahiranselepasterjatuhmotosikal, ataumungkinadatentangandaripadakakakatauabangnyayang mahuadiknyalain jantina! BukuPink 3.0 meneruskansiricerita(lucu, sedih, gembira, mendebarkan!) tentangkehamilandankelahiran, di sampingmenyampaikanmaklumatdannasihatkeh Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Fazlyn Ridz
Terperangkap dalam janji. Menyatukan kita dalam asmara. Jiwa mencintai dan dicintai menjadi gelisah dalam gelora asmara. Bertunang dengan adik, bernikah dengan si kakak... begitulah kisah Mikayla apabila adiknya yang merupakan ‘kaki lelaki’ mempermainkan janjinya kepada Saef hanya sebulan sebelum pernikahannya. Akibatnya, Mikayla yang menjadi galang gantinya. Dia dipaksa ibu bapanya menerima Saef Haris sebagai suami. “Boleh I tahu siapa punya idea supaya I kahwin deng Learn More
USUAL: RM32.00

NOW: RM 32.00 (-0%)

MEMBER: RM 28.80 (-10%)

By Aalin Amily
Awalnya derita, akhirnya bahagia. Beri aku pasti! Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya. “Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!” - Tengku Fahmi “Kasut bos kasut kulit, kan? Saya tak kisahlah kalau bos samakan muka saya macam kasut bos.” - Dhiya “Memang kasut kulit. Tapi kau tahu kulit apa? Kulit oink-oink.” - Tengku Fahmi Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Abdul Mun'Im Al-Hasyimi
Rasulullah SAW adalah peribadi yang luar biasa. Allah SWT menyebut Rasulullah SAW sebagai manusia yang berbudi pekerti luhur. Di antara akhlak luhur baginda adalah: 1. Rendah hati (tawaduk) 2. Sabar 3. Berkata baik dan menghormati jiran tetangga 4. Ceria dan riang gembira 5. Pemberani 6. Jujur 7. Lemah lembut 8. Dipercayai 9. Malu 10. Zuhud 11. Pemaaf 12. Kasih sayang 13. Bergaul dengan cepat 14. Menepati janji 15. Cinta perdamaian Akhlak-akhlak mulia Nabi Learn More
USUAL: RM46.00

NOW: RM 46.00 (-0%)

MEMBER: RM 41.40 (-10%)

By Wazrul Shah
Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan AYU IZZHANI dan RAQIB. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh CAMELIA. “Listen, I'm so sorry sebab babitkan awak dalam hal ni. Tapi saya dah tak ada idea lagi... Saya dah tak ada idea nak elakkan diri saya daripada bertunang dengan dia...” – Raqib. “Sepatutnya awak tak boleh babitkan saya macam tu aje. Macam mana kalau lepas ni dia serang sa Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Candy Factory
Ketika menjalankn pemeriksaan kesihatan di sekolah, Mia menyedari ketinggian dan beratnya bertambah! Dia sedih apabila baju-bajunya tidak muat dipakai lagi. Ibu Mia berjanji untuk mengadakan majlis hari jadi untuknya. Belum sempat majlis berlangsung, wajah Mia ditumbuhi jerawat pertama. Bagaimana Mia menghadapi cabaran dalam peralihan usia remaja ini? Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Syauqie M.K
Filipina (2010) USD18 juta saham dijual….. Thailand (2010) USD55 juta hartanah dilupuskan….. Indonesia (2010) USD35 juta aset dicairkan….. – Financial Intelligence Unit, Interpol – – – SAFWAN HAMDAN – seorang pegawai kanan Bank Kebangsaan Malaysia, terjebak dengan jemaah rahsia yang menjanjikan kebangkitan dan kembalinya kegemilangan Islam di bumi Nusantara. Namun, apabila hampir menjadi korban dalam suatu insiden letupan terburuk di Jakarta, Sa Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Sha Hanim Ramli
Apa yang akan anda lakukan jika anda terpaksa menyampaikan amanat demi menyelamatkan bumi dan kayangan yang amat kabur sempadannya? Apakah misteri antara Ledang dan England yang mempunyai huruf-huruf yang sama? Ikuti kisah pengembaraan yang menakjubkan dan suka duka Suri, seorang wanita Hybrid demi melaksanakan tanggungjawab besar. Penerokaan alam dunia dan langit serta premonition menjanjikan pengalaman yang mendebarkan Learn More
USUAL: RM35.00

NOW: RM 35.00 (-0%)

MEMBER: RM 31.50 (-10%)

By Cik Tet
Jiwa Haris mati. Hidup Indah musnah. Takdir Tuhan menemukan mereka. Jiwa yang mati, hidup yang disangka musnah...kembali bersinar. Harapan dan cinta mula membasahi hati, melakar warna-warna indah, mengetuk pintu hati yang selama ini ketandusan rasa. Jiwa Haris jadi tak menentu. Hati Indah jadi resah. Lantas janji diukir. Haris berjanji menerima segala kekurangan Indah tanpa syarat. Indah berjanji yang kesetiaannya hanya untuk Haris hingga ke akhir hayat. “ Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Anjell
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. “Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. “ Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 24.30 (-10%)

MEMBER: RM 21.60 (-20%)

By Pelbagai Penulis
Dalam kepala kanak-kanak, ia ada dua wajah. SATU. Seorang lelaki berkot putih. Berkaca mata. Tersenyum madu menampakkan baris gigi yang sihat. Di tangan kirinya ada satu set gigi plastik dan di tangan kanannya ada berus gigi. “Gosok dalam pusingan ya, adik-adik! Mulakan dari sini. Gosok. Gosok. Gosok.” Dan kanak-kanak yang mencangkung di tepi longkang pun memberus gigi dengan gelak tawa dan nakal sambil memegang cawan plastik berisi air. “Brrrrrrr brrrr brrrrr Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Rehan Makhtar
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… Kita memang tak ada Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 23.40 (-10%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Shunji Iwai
Semasa Pesta Bunga Api musim panas, Norimichi, seorang pelajar lelaki yang tinggal di bandar pelabuhan berjanji untuk saksikan bunga api bersama rakan-rakannya. Pada petang hari yang sama, gadis idamannya, Nazuna mengajak Norimichi melarikan diri. Namun rancangan itu gagal bila ibu Nazuna mengheretnya pulang menyebabkan mereka terpisah. Untuk bersama, Norimichi berharap dapat ulang semula hari itu dan memperbetulkan semuanya. Apa takdir cinta mereka bila hari yang sam Learn More
USUAL: RM15.00

NOW: RM 15.00 (-0%)

MEMBER: RM 13.50 (-10%)

By Syamnuriezmil
Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi. Sehinggalah... “Kak Safa... Abang dah tak ada.” Umair Wajdi mening Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Umie Nadzimah
Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda. “Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tuj Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Wan Nur Najihah
Pertunangan harus membawa kepada perkahwinan! Tapi keadaan itu tidak memihak kepada Dina. Kerana reunion sekolah itu semua berubah. "Kalau awak fikir Nazim baik, dia akan layan saya ke? Dia sedar dia dah bertunang, kenapa dia mesti layan saya kalau dia betul-betul sayangkan awak?" -Lisa "Awak perempuan, sanggup awak lukakan hati kaum awak? Awak tak rasa bersalah ke? Kalau Nazim boleh sayangkan awak, masa bertunang dengan saya. Awak tak rasa ke dia akan sayang perempuan Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Ieya Sya
Andainya detik dan waktu bagi Ara adalah magis, bagi Iyan, itu tidak lebih daripada satu hukuman. Mulanya Ara menyokong Dollah yang membenci Iyan, seorang chef terkenal disebabkan cemburu. Namun apabila bertatapan sendiri dengan Iyan, angan-angan cinta monyet mula muncul walaupun dia tahu, Ara dan Iyan, terlalu mustahil boleh bersama. Iyan tu kekasih selebriti! Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau. Iyan + Ara = Berangan saja mampu. Itu kata Ara Elisya. Kata Iya Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Ruby Nur Airis
Umpama lukisan di dinding, itukah lukisan di hati? Jika begitu, aku ingin lukisan di hatiku menjadi lukisan di dinding. Agar dapatku padam segala silap dan salah. Izzad Firdaus, lelaki yang pernah bahagia dengan dua gadis. Gadis yang punyai nama yang hampir sama. Bagaimana itu boleh terjadi? Tetapi hanya satu menjadi suri hatinya dan mahu dibawa hingga ke syurga Firdausi. “Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahk Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Hadi Fayyadh
Saat matahari terbit di ufuk barat. Detiknya menjadi perkiraan zaman yang kian tenat, pencemaran biologi dan kehakisan kemanusiaan. Konspirasi penguasaan dan penaklukan membanjiri pemikiran dan menjadi bayang kerakusan. Manusia kebanyakkan memakai topeng iblis. Syaitan menjadi pujaan, terliur dengan janji abadi dari bekas Malaikat yang bernama Azazil. Learn More
USUAL: RM29.90

NOW: RM 29.90 (-0%)

MEMBER: RM 26.91 (-10%)

By Rissa Ahdiya
Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui. “Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu su Learn More
USUAL: RM22.00

NOW: RM 22.00 (-0%)

MEMBER: RM 19.80 (-10%)

By Hani Fazuha
"Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. “Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. “Eh! mana tahu bilik yang mana sat Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Nami Adnan
Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka se Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Sara Irdina
Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang berlagak sombong.. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya. Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yang muncul dalam hidupnya cukup buat dia gila dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil peduli tetap mahu dia Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Hadi Fayyadh
Buku ni cerita pasal apa? Seolah-olah kamu sedang berbicara dengan Iblis dan syaitan dalam diam, bagaimana dia memasukkan jarum hasutan yang sangat halus sehinggakan seorang Pendosa terus menerus melakukan dosa. . Bahkan, orang yang berilmu tenggelam dalam ilmunya sehingga menjadi manusia yang terlaknat tanpa dia sedari, bagaimana Iblis berbicara denganmu, membelaimu dan berbisik lantas, kau terus mahu ikutinya walau sebenarnya bibirmu berkata sebaliknya. . Apa rahsia Ibl Learn More
USUAL: RM29.90

NOW: RM 29.90 (-0%)

MEMBER: RM 26.91 (-10%)

By Miss Dee
"Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu. “I tak kenal you dan I tak nak kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you ni ramai lagi yang nakkan I. Bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlah yang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak bergandingan dengan I?” - Dania Wafa. Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 26.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.40 (-10%)

By Teme Abdullah
Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia. Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan; sehingga datang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan. Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Hana Ilhami
Akak inspektor, tolonglah pulangkan duit mak saya! Saya tak tahu macam mana nak bagi tahu dia nanti. Mesti dia akan terkejut dan marah. Kesianlah kat mak saya. Dia susah payah kerja sebab nak sara anak-anak. Duit abah tu bukannya banyak mana. Hanya cukup untuk keperluan sekolah sehingga kami tamat belajar. Thursday, 13 June. 15.20 Akak, tolonglah! Saya merayu kat akak. Kalau tak pulangkan semua, akak pulangkanlah separuh. Asalkan dapat cover perbelanjaan persekolahan say Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Laydee Amarfi
Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta. Dinginnya Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu. "Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap? " - Leanna "I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?" - Daniyal Hidu Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Rehan Makhtar
Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata. Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri. “Apa Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Abu Muhammad Arafah Adha
Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat; -Zaman Kenabian (Minhaj Nubuwwah) -Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin) -Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Mulkan Adhan) -Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan -Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenab Learn More
USUAL: RM45.90

NOW: RM 45.90 (-0%)

MEMBER: RM 41.31 (-10%)

By Syaari Ab Rahman
Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha. Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang dia Learn More
USUAL: RM35.00

NOW: RM 35.00 (-0%)

MEMBER: RM 31.50 (-10%)

By Maria Kajiwa
Kerana janji hati nuraninya mati… Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya. “Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal.” – Sahir Zub-yan Sahir Zub-yan, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hura Learn More
USUAL: RM22.00

NOW: RM 22.00 (-0%)

MEMBER: RM 19.80 (-10%)

By Acik Lana
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z. Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda ‘tak berperasaan’, perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangk Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 26.10 (-10%)

MEMBER: RM 23.20 (-20%)

By
Cerita yang terdapat dalam siri ini: *Pemuda dengan Toyol *Nenek Ponah dengan Toyol *Penyelamat Toyol *Toyol dan Kaki Judi *Toyol dengan Mak Biah *Toyol dengan Perompak *Toyol di Pasir Sahara *Toyol dan Perjanjian Darah *Toyol Tuk Sulong *Wang Derma dicuri Toyol Learn More
USUAL: RM35.00

NOW: RM 35.00 (-0%)

MEMBER: RM 31.50 (-10%)

By Puteri Aqish
Sekali Malique Iskandar tersenyum, melekat Dian Amanda di pintu cermin butik! Semuanya gara-gara sikap ‘alerginya’ pada lelaki yang punyai lesung pipit. Walaupun situasi itu memalukan, tapi Dian Amanda yang dikenali bukan seorang yang serik untuk redah apa saja situasi yang mendatang. Pertemuan demi pertemuan membawa hubungan mereka ke fasa yang halal tanpa diduga. Namun belum sempat mengulit bahagia, Bella yang sedari awal impikan susuk seorang Malique untuk mendampin Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.50 (-10%)

By Rissa Ahdiya
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By Anuar Darwisy
Penyertaan Safiuddin dan kawan-kawannya di dalam perlumbaan larian jarak jauh merentasi hutan yang asalnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan bertukar menjadi mimpi ngeri buat mereka. Kejadian demi kejadian menyeramkan menghantui setiap seorang daripada mereka sehinggalah membawa kepada kehilangan yang menggemparkan satu negara. “Selagi tidak berlanggar akidah, aku sanggup! Aku nak cari anak aku sampai jumpa!”– Yazid “Tapi risikonya tinggi, Yazid. Aku ingat Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 22.50 (-10%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Pynat Mouri
SHAZRIMIN, welder yang ditinggalkan kekasih angkara kerjayanya yang tak menjanjikan masa depan. Hidup bujang diteruskan walau bermacam tohmahan dan umpat keji diterima. Pertemuan dengan salah seorang team member di tempat kerja membuatkan dia jatuh hati. Namun disimpan rasa hati yang sentiasa membelenggu dan mengusik perasaan. Mana mungkin dia mencintai lelaki?! Haram! MIKANADYRA. Kehadirannya sering membuatkan jantung Jimin sentiasa berdebar dan tak menentu. Tanpa usikan dan Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.20 (-10%)

By Nurfaza Alisya
Pernahkah terfikir untuk tidak pernah bertemu dan saling jatuh cinta? “Kun fayakun. Di dalam al-Quran ayat ini disebut sebanyak lapan kali. Yang bermaksud… Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Sejauh mana saya lari pun, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak.” – INDAH NAURA “Saya rasa awak dah tersalah pilih orang untuk dijadikan suami.” - KHAIR Naura sudah menduga Khair mesti punya alasan untuk menolak dirinya. Cantik sangat ke dia hingga Khair segan nak ber Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Hana ( H.E )
Dinzly Fariqal… Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi, tahu tak tugas Dinzly tu berat? Paling buat Dinzly geram, tekad Darwisya telah mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan. Disebabkan dia seorang anak yang taat, terpaksalah dia terima Darwisya sebagai isterinya. Terpaksa jadi ‘pak sanggup’ untuk wanita yang dibuntingkan oleh kawan serumahnya, Aiman Najdi. Lelaki mana yang senang nak terima, kan? Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Weeda Airiza
“Sorry, aku hanya tolong bestfriend aku yang suka dekat kau tu, faham?!” – Wafa Hanim. “Tak elok perempuan sweet macam you ni terpekik-pekik dekat sini.” – Nazhan Marzuqi. Angkara surat cinta, porak-peranda jadinya hidup Wafa Hanim. Apatah lagi bila bertemu berbelas tahun kemudian sebagai jiran. Lelaki itu masih belum berubah. Kasih sayangnya begitu over sehingga membuatkan gadis itu meremang bulu romanya! “Tak payah buat kerja gila couple dengan ramai orang Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Hessa Widad
“Doktor Para ni maksudnya doktor yang terlatih dengan kemahiran skil penerjunan dan ketenteraan sama macam anggota elit yang lain. Sama-sama turun operasi.” - KAPTEN DOKTOR HAZIM Masing-masing mempunyai ‘rasa’ antara satu sama lain. Namun, rasa itu tak terluah dan terbiar sepi dimamah masa. Pertemuan di majlis perkahwinan abang Oshin, Sharimin, meyakinkan Hazim untuk membuat keputusan. Pinangan Hazim dirasakan sebagai ancaman besar yang mengganggu-gugat usahanya men Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By A'Je Fazlina
Kata-kata penghinaan Alis Zahira lima tahun lalu membuatkan hati Inspektor Mohd Amsyar diulit rasa dendam, marah dan kecewa. Namun mereka dipertemukan semula dengan satu tujuan. Berkahwin atas aturan keluarga. “Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar. “Saya akan goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis. Amsyar dengan misi membalas dendam, mahu membuat si isteri Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-10%)

By Norazlina Nordin
Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam. Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat! “Hoi!” – Hanani Nuha “Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam pe Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 24.30 (-10%)

By Khairul Ahmad , Syasya De Luna
Judul 1: SAMITHA Penulis: Khairul Ahmad (Zaifuzaman Ahmad) Sebuah makam lama telah ditemui secara tidak sengaja. Lalu ahli arkeologi telah ditugaskan untuk menyelidiki satu mumia yang berada di dalam makam tersebut. Anehnya makam tersebut terpaksa melalui sebuah perigi buta sebagai pintu masuk. Tidak ditanam seperti adat kebiasaan makam lama. Secara tidak sengaja Albert telah membaca satu mantera lama bagi menghidupkan mumia yang berada didalam makam tersebut sewaktu dia Learn More
USUAL: RM10.00

NOW: RM 9.00 (-10%)

MEMBER: RM 8.00 (-20%)

By Eb Reeza , Maria Kajiwa , Rhea
Judul 1: HOMESTAY PUTIH NIAN Penulis: Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan usaha dua orang sahabat iaitu Razak dan Amran; untuk menukar sebuah rumah lama di tepi laut menjadi sebuah homestay. Melihatkan potensi rumah dan kawasan tersebut untuk dijadikan homestay, Razak telah membeli tanah itu daripada kawannya yang bernama Fuad tanpa menyedari akan kisah silam rumah tersebut. Amran ditugaskan untuk melakukan semua kerja yang diperlukan namun orang yang diupah membersihkan Learn More
USUAL: RM10.00

NOW: RM 9.00 (-10%)

MEMBER: RM 8.00 (-20%)

By Dilla Ahmad
Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia. “Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ SERI DHIA “Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ JADEN Sukar untuk Jaden Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 25.20 (-10%)

MEMBER: RM 22.40 (-20%)

By Zarini Mansor
Lelaki bernama Fuad itu muncul dengan tiba-tiba menawarkan Yusmal dan rakan-rakannya untuk memasuki Bandar Silang Maya. Fuad mahu mereka menggunakan kemahiran mereka menggodam kata laluan bagi mematikan sistem di beberapa menara di dalam bandar itu. “Suku juta tu banyak, Yus.” “Kau terima?” Pertimbangan demi pertimbangan dibuat dan akhirnya mereka menerima tawaran yang menjanjikan keuntungan itu. Yusuf dan robot AI bernama Leona menjadi pihak lawan mereka. “Ka Learn More
USUAL: RM24.00

NOW: RM 24.00 (-0%)

MEMBER: RM 21.60 (-10%)

By Ameera Ameer
Mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan dia sering dihina dan dikeji, m Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 20.70 (-10%)

By D. Rafael , Syasya E Luna , Del
D. RAFAEL (JALAN KUBUR LAMA) - "Untuk malam ini, aku nasihatkan kepada semua yang ada di sini. Seandainya kamu semua terdengar suara-suara orang mengelur dari luar rumah, jangan sesekali bukakan pintu rumah kamu semua. Aku tak mahu ada sesiapa yang terpukau oleh benda itu lagi." Pesan Imam Ismail. Kesemua yang berada di situ mendengar dan mengangguk hampir serentak. "Ingat pesan aku. Benda itu mungkin boleh menyerupai sesiapa sahaja. Termasuk diri kita. Jangan sesekali kita t Learn More
USUAL: RM13.00

NOW: RM 11.70 (-10%)

MEMBER: RM 10.40 (-20%)

By Amaya
“Patutnya kalau dia sunyi sangat, pergilah cari calon isteri untuk diri sendiri. Kenapa aku pula yang kena kahwin? Aku tak nak.” - MIKAEL Fikirnya kalau boleh hidup sendiri, kenapa perlu ada orang lain jadi peneman? “Betul la apa yang aku fikirkan. Macam dalam cerita dongeng Cinderella tu... Cuba kau bayangkan Cinderella dah imagine dia kahwin dengan tuan putera. Tuan putera dah jumpa kasut yang sesuai dengan kaki Cinderella. Tapi endingnya, tuan putera tu cakap... I Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 20.70 (-10%)

MEMBER: RM 18.40 (-20%)

By Hadi Fayyadh
Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah sebagai wakil Tuhan atau anak Tuhan Matahari. .. .. Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di dalam bentuk manusia tua yang berjanggut. Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa lampau? . Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman, menjadi penguasa dan pembina yang hebat. Setiap tamadun Learn More
USUAL: RM29.90

NOW: RM 29.90 (-0%)

MEMBER: RM 26.91 (-10%)

By Dreamer
Akibat dendam terhadap Hilda, Joanna terpedaya dengan buku misteri berjudul 'Hajat Jadi Realiti'. Betul ke buku ni boleh tunaikan hajat? Adakah Joanna akan terperangkap dalam 'perjanjian puaka'? Nampaknya ada 'pertukaran' harus dibuat bila ketiga-tiga hajatnya ditunaikan!!! Kompilasi kesumat melibatkan makhluk halus dan sifat keji manusia. Selami cerita seram pelbagai variasi yang pasti buat korang meremang. Kisah hitam dunia si mawar dari siri terkini 'Black Rose' ! Learn More
USUAL: RM12.00

NOW: RM 12.00 (-0%)

MEMBER: RM 10.80 (-10%)

By Dr. Rohaily Al-Jawhary
Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak Learn More
USUAL: RM80.00

NOW: RM 80.00 (-0%)

MEMBER: RM 72.00 (-10%)

1-191 of 191

Page:
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
*

Back to Top