100th Anniversary Sale
100th Anniversary Sale
0

There are 0 item(s) in your cart. ×

You have no items in your shopping cart.

' KARYASENI 'Found 75 Related Products
By Umie Nadzimah
Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda. “Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tuj Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.00 (-0%)

By Rehan Makhtar
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ianya menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa. “Kau sindir aku lagi, kan?” - Mustaqim “Tak… kalau betul koyak, s Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.00 (-0%)

By Anjell
Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya. Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han. Dheo Han. Punya aura pen Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 28.00 (-0%)

By Airisz
Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang. AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu. Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi. Dua tahun pegang status janda, ti Learn More
USUAL: RM22.00

NOW: RM 22.00 (-0%)

MEMBER: RM 22.00 (-0%)

By Rehan Maktar
GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam! Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.00 (-0%)

By Sara Aisha
“I’m the only PhD in serial murder.” – Ted Bundy “You could smell the blood.” – Richard Ramirez Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya. “Tihani Rose… Suara kau memang manis.” Dia Learn More
USUAL: RM29.00

NOW: RM 29.00 (-0%)

MEMBER: RM 29.00 (-0%)

By Evelyn Rose
“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah… JAMES HOWARDS. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu. Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.00 (-0%)

By Rehan Makhtar
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… Kita memang tak ada Learn More
USUAL: RM26.00

NOW: RM 23.40 (-10%)

MEMBER: RM 20.80 (-20%)

By Anjell
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. “Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. “ Learn More
USUAL: RM27.00

NOW: RM 27.00 (-0%)

MEMBER: RM 27.00 (-0%)

By Umie Nadzimah
NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 25.00 (-0%)

MEMBER: RM 25.00 (-0%)

By Rehan Makhtar
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca. “Aku memang tak ada sesiapa da Learn More
USUAL: RM25.00

NOW: RM 22.50 (-10%)

MEMBER: RM 20.00 (-20%)

By Myra Ameer
“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.” Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi. Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, mem Learn More
USUAL: RM30.00

NOW: RM 30.00 (-0%)

MEMBER: RM 30.00 (-0%)

By Evelyn Rose
.. dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya... 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan SYED HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara. “Hana, thank you for Learn More
USUAL: RM28.00

NOW: RM 28.00 (-0%)

MEMBER: RM 28.00 (-0%)

By Umie Nadzimah
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara Learn More
USUAL: RM23.00

NOW: RM 23.00 (-0%)

MEMBER: RM 23.00 (-0%)

By Anjell
Takdir mereka sudah lama terjalin Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya. Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar! King! Haidar juga dikenali dengan nama Kin Learn More
USUAL: RM38.00

NOW: RM 34.20 (-10%)

MEMBER: RM 30.40 (-20%)

61-135 of 75

Page:
  1. 1
  2. 2
*

Back to Top