Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang lagi sahabat dan khalifah Islam iaitu Khalifah Uthman bin Affan RA, sosok yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW, malah beliau juga disegani oleh malaikat kerana keperibadiannya.Khalifah Uthman RA menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya., khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi. Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat.