Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Raisya Medina, gadis yang memasang satu impian untuk menjadi seorang penulis! Namun untuk mencapai impiannya itu ternyata bukanlah mudah. Satu per satu rintangan yang terpaksa dilalui oleh Raisya. Termasuklah manuskripnya ditolak pihak penerbit. Raisya kini tiba di ‘jalan mati’! Demi mencapai impiannya, dia perlu bersemuka dengan Armand Hisyam, CEO syarikat penerbitan idamannya. Tapi bukan mudah untuk meladeni Encik CEO itu. Sudahlah cerewet, ada pula syarat-syaratnya. “You rasa manuskrip you dah cukup bagus?” - Armand “Bukanlah macam tu. Tapi...” - Raisya “You rasa manuskrip you memang layak untuk diterbitkan?” - Armand Hari berganti hari, Armand dapat merasakan hatinya mula berubah rentak apabila bersama Raisya. Tetapi dia sedar kedudukan mereka. Dia bakal bertunang dengan Inani dan Raisya juga sudah mempunyai teman lelaki. Sehinggalah Armand ketahui sesuatu yang tidak Raisya ketahui. Rahsia yang merubah pola ikatan hati mereka. “Takkan saya tak suka Encik Armand pula? Encik Armand kan editor saya.” - Raisya “Tapi kalau I kata yang I sukakan you lebih daripada seorang editor dan penulis?” - Armand “No, Raisya. We’re not over yet!” - Fakrul “I love you, Armand.” - Inani Apakah rahsia yang diketahui oleh Armand? Perlukah Raisya berkorban demi cintanya dan orang lain? Berjayakah Raisya dalam mencapai cita-citanya? Jawapannya ada dalam Cik Penulis, Encik Editor.