Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Mengapa perlu siapkan diri? Bayangkan kalau generasi muda tidak memahami ilmu dalam mendapatkan jualan? Bagaimana mahu hidup dengan baik dalam kegawatan ekonomi yang semakin mendesak kini? Semasa saya menulis buku ini, kita mengalami perubahan gaya atau norma hidup yang drastik selepas negara dilanda virus Covid-19. Ia membuatkan saya banyak berfikir dan mencari orang-orang lama untuk berbual bagi meredakan keresahan kepada situasi yang tidak menentu ini. Setiap pengalaman orang-orang lama, saya catat kemas dan simpan dalam minda supaya ia dapat dikawal sekiranya tiba-tiba mental koyak semasa di perjalanan.