Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
JODOH ANUGERAH DIA (JAD) dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman bertemu jodoh. Datuk Norhafizah dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan siapa jodoh kita.