Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“Air apa kau buat ni? Perempuan kampung macam kau ni memang bodoh, ya? Langsung tak tahu buat kerja?.”Soalnya kasar. Berdesing telinga aku mendengar kata-katanya itu. Tanpa dapat ku tahan-tahan lagi air mataku menitis perlahan namun aku segera menyekanya dengan hujung jari. Kenapa aku menangis?. Bukan kerana aku lemah tetapi aku terlalu marah dengannya dan benci dengan perbuatannya itu. Tiba-tiba pintu ruangan pejabat Ayden terbuka. “Ryqal.. Aku nak tanya kau.”Ayat Ariz terhenti apabila melihat aku yang sedang berdiri disisi Ayden sambil menundukkan wajahku. Matanya membulat apabila melihat baju kurung yang tersarung ditubuhku sudah kotor. “Hah, kau nak tanya apa, Ariz?..”Soal Ayden selamba tanpa menghiraukan pandangan Ariz yang masih tertumpu kearahku. “Bro, kau buat apa pada Luna?..”Soalan Ayden dibalas dengan soalan. “Nothing.. Just suruh dia buatkan aku minuman tapi rasa dia macam air longkang..”Sekali lagi air mataku menitis dipipi. Kali ini sengaja aku membiarkan Ariz melihat aku menangis begitu. “Kot ya pun tak suka, tak perlulah kau nak buat dia macam tu. Selama ni pekerja lain buat salah pun tapi kau tak pernah kasar macam ni. Aku perhati je, kau memang suka cari pasal dengan dia, kan? Apa masalah kau ni, Ryqal?..”Soal Ariz kedengaran agak tegang. “Aku bos. Dia cuma kuli aku je, suka hati akulah nak buat apa pun. Kalau dia tak suka kerja dengan aku, pintu keluar tu aku rasa dah cukup luas dah untuk dia berambus dari sini..”Balas Ayden penuh riak. Nafas Ariz sudah turun naik dengan wajah yang merah. Aku tahu jawapan Ayden itu telah menaikkan api kemarahan Ariz. Sebelum apa-apa berlaku, baik aku tinggalkan dua lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang terkena tempiasnya. Aku segera mengambil cawan dimeja Ayden dan melangkah untuk keluar dari situ. Tiba-tiba pergelangan tanganku dipegang oleh Ariz. Cawan ditanganku segera diletakkan semula dihadapan Ayden sebelum dia menarik tanganku keluar dari situ. “You nak bawa I pergi mana?.”Soalku pelik. “Somewhere..”Jawabnya sepatah namun tanganku masih tidak dilepaskannya sehingga sampai ke keretanya. Pintu kereta dibukakan untukku. Terpaksa jugalah aku akur walaupun aku tak tahu kemana dia nak bawa aku. Nasib baik aku sempat capai beg tanganku sebentar tadi, kalau tak memang takut jugalah nak ikut dia. Entah-entah dia nak bawa aku pergi tempat yang bukan-bukan.