Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
PRAKATA Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT dan salam serta selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Apabila berbicara tentang simpanan emas, kebiasaannya orang muda akan undurkan diri. Bukan sahaja orang muda macam kita, malah mereka yang sudah bekerja pun turut mengangkat kaki kerana memikirkan bahawa emas adalah hanya untuk orang kaya sahaja. Padahal sebenarnya ada tempat yang sangat sesuai untuk mereka buat simpanan emas dengan betul dan selamat. Kita semua harus ingat bahawa kita akan ke alam pekerjaan suatu hari nanti. Jadi, kita perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental dengan apa jua cabaran yang akan datang. Memang sukar untuk abaikan pujuk rayu daripada kawan karib untuk habiskan masa dan duit melepak di luar sana. Tapi kita perlu juga tapis supaya kita tidak menjadi orang yang boros. Kita perlu paksa diri demi kebaikan dan masa depan kita nanti. Saya banyak membuat perkongsian tentang simpanan emas dan kewangan di media sosial terutama Facebook. Banyak juga tip kewangan yang saya belajar dan saya manfaatkan ilmu tersebut dengan kongsikan kepada warga muka buku dan juga TikTok (Azim Aliif). Alhamdulillah. Jadi, buku ini saya tulis khas untuk pelajar dan orang muda yang mana kandungannya adalah perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi saya dalam menguruskan kewangan dan membuat simpanan emas semasa belajar sehingga ke hari ini. Ia ditulis secara santai supaya tuan puan dapat faham dengan mudah daripada setiap apa yang saya sampaikan. Saya menulis buku ini berdasarkan pengalaman saya selama lima tahun dalam bidang emas dan kewangan. Ini buku saya yang pertama, sekarang saya berumur 23 tahun. Semoga saya dapat bantu ramai lagi orang muda untuk betulkan dari segi kewangan dan perniagaan. Insya-Allah, diharapkan semoga buku ini bermanfaat untuk kita semua dan dapat membuka hati anda untuk jadikan emas sebagai simpanan masa depan.